Advertisement
SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu. .
Advertisement
Advertisement
Ceritanya lagi, sebelum terlibat dalam bidang seni, dia memang tidak pernah terfikir yang dia akan menyanyi dan menari suatu hari nanti.
Tetapi ianya bermula apabila dia mengenali seorang rakan yang dianggap sebagai saudara sendiri iaitu Jeremiah yang merupakan seorang penari dari Miri, Sarawak dan terlibat bersama kumpulan tariannya The Vessels dalam pembikinan video muzik lagu Nafas.
Jeremiah yang banyak memberi dorongan untuknya membuat yang terbaik dalam bidang nyanyian mahupun tarian serta banyak memberi kata semangat untuk mengatasi masalah kemurungan yang dihidapinya.
Menurutnya lagi, dia sebenarnya mengalami masalah kemurungan dan dia sangat bersyukur kerana selalu mendapat sokongan dan dorongan dari rakan-rakannya.
“Saya percaya bila kegelapan menyelubungi, cahaya juga pasti akan datang, Tuhan membantu setiap insan itu dalam cara yang sangat unik tanpa di sedari.
“Kehidupan sangat sukar untuk diramalkan, hidup seperti roda yang sering berputar, namun setiap yang baik atau buruk adalah satu pengalaman yang mematangkan dan lebih menguatkan.
“Sementara banyak orang yang merayakan sesuatu dan bergembira, banyak yang tidak menyedari ada insan-insan lain diluar sana yang berjuang mengharungi kesunyian kerana masalah kemurungan.
“Tidak semestinya orang yang senyum, tertawa gembira, tidak punya permasalahan dalaman yang mereka simpan kerana itu cubalah sentiasa berhubung dengan rakan-rakan yang punya masalah begini untuk bertanya khabar,” ujarnya lagi.
Arddley turut bercerita tentang perancangannya pada masa akan datang iaitu melahirkan lebih banyak muzik yang dapat menginspirasi masyarakat terutama dalam kesedaran kesihatan mental.
“Saya juga terbuka untuk kolaborasi bersama dengan mana-mana artis luar atau dalam negeri.
“Arena seni tempatan khususnya di Sabah semakin lama semakin berkembang dengan agrasif. Lebih ramai pendatang baru yang lebih muda dan berpotensi dan banyak pengeluaran produk muzik video yang berkualiti dan juga bakat-bakat baru.
“Ini sangat bagus dalam menyumbang ke arah kemajuan arena muzik Sabah.
“Bagi pengkarya seni terdahulu, teruslah berkarya dan terus mencari idea dan nafas baru mengikut peredaran zaman agar dapat menjadi panduan kepada pendatang-pendatang baru dalam arena ini,” katanya.
joybrunolim@yahoo.com




