Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Keunikan negara perlu dipelihara: Norazlinah
Published on: Sunday, August 25, 2019
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

Keunikan negara perlu  dipelihara: Norazlinah
KUNAK: Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam harmoni menjadikan negara ini istimewa.

“Keunikan ini adalah aset yang perlu kita pelihara demi kelangsungan kemerdekaan negara kita,” kata Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat yang juga Adun Kunak Norazlinah Arif ketika berucap pada Majlis bersama Peserta Konvoi Kembara Jalur Gemilang (KMJG) 2019 Jabatan Penerangan Malaysia di dataran pekan Kunak, pada Sabtu.

Sabah menjadi bukti yang mencerminkan perpaduan dan keharmonian meskipun rakyat hidup dalam kepelbagaian etnik, budaya dan agama.

Menurutnya, pemerintahan yang stabil secara tidak langsung dapat mewujudkan dasar-dasar pembangunan secara teratur serta melaksanakannya dengan lebih berjaya.

“Negara ini telah berjaya membuktikan bahawa perpaduan dan keharmonian kaum menjadi satu kebanggaan bagi semua rakyat Malaysia.

Negara juga berjaya memacu pembangunan dan membawa perubahan-perubahan yang menakjubkan serta mampu mengekalkan keselamatan dan keamanan sebagai negara berdaulat,” katanya.

Turut hadir di majlis itu, Penolong Pegawai Daerah Simudah Sulaiman, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kunak, Mohd Shoffian Mohd Said, pemimpin-pemimpin setempat antara lain.

Pelbagai aktiviti patriotisme diisi dalam program itu melibatkan penyertaan golongan veteran, belia, pelajar sekolah dan kanak-kanak. 

Beliau juga mengesa semua lapisan rakyat agar bersama-sama  merujuk Rukun Negara yang menerapkan nilai-nilai murni yang berasaskan kedamaian, kesejahteraan, perpaduan dan kesetiaan kepada raja dan negara.

Katanya, seiring dengan tema Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih, kerjasama semua pihak dalam menyokong aspirasi-aspirasi kerajaan untuk membina semula negara yang bebas rasuah dan berintegriti adalah tanggungjawab yang besar dan memerlukan komitmen tinggi agar mampu menjayakan agenda nasional yang bertujuan untuk memakmur, memajukan rakyat dan negara.

Sementara itu, Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Patrick Laing Ngau berkata konvoi tersebut melibatkan 30 peserta dengan 13 buah kenderaan yang diterajui Jabatan Penerangan Sabah bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Siri jelajah konvoi berkenaan meliputi perjalanan sejauh 2,000 kilometer di seluruh pelusuk negeri ini melibatkan 23 daerah sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

“Saya juga amat gembira dengan sambutan daripada masyarakat Kunak yang turut sama memberi sokongan semasa destinasi jelajah konvoi pada kali ini,” kata Patrick. 

Peserta konvoi kemudian meneruskan perjalanan ke Semporna.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here