Tue, 2 Dec 2025
Headlines:
3,000 sertai acara Walk for Jesus di Kota Kinabalu
Published on: Monday, August 26, 2019
Published on: Mon, Aug 26, 2019
By: Ricardo Unto, Anthea Peter
Text Size:
Text:
3,000 sertai acara Walk for Jesus di Kota Kinabalu
SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai acara berjalan itu.
Kota Kinabalu: Acara dwi-tahunan Walk for Jesus menarik penyertaan kira-kira 3,000 penganut agama Kristian pelbagai denominasi di Bandaraya.

Dianjurkan bersama oleh Persatuan Persaudaraan penjara Malaysia dan Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC), peserta-peserta menamatkan acara berjalan sejauh 3.5 kilometer dari Padang Merdeka ke Katedral Sacred Heart.

Advertisement
Bertemakan “Perpaduan dan Doa”, acara sama diadakan serentak di 22 lagi bandar di Sabah dan Limbang, Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, berkata acara itu adalah satu demonstrasi terbaik perpaduan penganut agama Kristian yang bersama-sama untuk “mendoakan negara dan negeri kita yang tercinta”.

SPONSORED CONTENT
By the latest actual performance for September 2025, the total anticipated contract value awarded to Sabahan companies hit RM1.7 billion.
“Keprihatinan kamu dengan berjalan di bandar-bandar untuk memberkati setiap pusat bandar dan mengumpul dana untuk golongan miskin dan memerlukan wajar dipuji,” katanya ketika merasmikan acara itu, di sini, Ahad.

“Ini menunjukkan bahawa Gereja mempunyai hati untuk semua orang tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang sosial.

Advertisement
“Ini akan membantu memupuk semangat kepercayaan, perpaduan dan muhibah dalam masyarakat kita.”

Beliau juga gembira kerana komuniti Kristian mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan acara sedemikian bagi mewujudkan lebih banyak kesedaran awam untuk menyokong usaha kerajaan dalam membendung kejahatan yang semakin meningkat di dalam masyarakat - penyalahgunaan dadah, keganasan dan perlakuan tidak bermoral, antara lain.

Advertisement
“Hanya kembali kepada Tuhan dan kepercayaan dalam kehidupan baru yang ditawarkan Tuhan dapat menghancurkan kejahatan sedemikian dan memperbaiki kehidupan dan kesejahteraan semua orang.”

Beliau juga berharap rakyat akan berdoa agar negeri dan negara ini dianugerahkan keamanan, kemakmuran serta perpaduan.

Sementara itu, presiden SCC Bishop James Wong berkata acara berjalan itu dianjurkan sempena Bulan Kebangsaan.

“Matlamatnya adalah untuk menyatukan masyarakat Kristian untuk berdoa bagi bandaraya Kota Kinabalu, negeri dan negara kita.

“Ketika acara berjalan ini, kita berdoa untuk beberapa aspek bagi negeri dan negara termasuk tadbir urus yang baik, pendidikan, pelancongan, kewangan, pembangunan dan sebagainya,” katanya.

Beliau menambah, semua kutipan dari acara berjalan itu akan diserahkan kepada Persatuan Persaudaraan penjara.

“Persatuan Persaudaraan penjara adalah sebuah badan yang membantu banduan yang menjalani proses pemulihan,”  katanya, sambil menambah ia memberikan sokongan kepada keluarga banduan yang memerlukan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here