Tue, 14 May 2024

HEADLINES :


Pas Sementara Sabah mulai Jun 2020: Muhy
Published on: Saturday, September 07, 2019
By: Ricardo Unto
Text Size:

Pas Sementara Sabah mulai Jun 2020: Muhy
MUHYIDDIN (tengah) dan Shafie (kanan) ketika sidang media itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan akan memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS) untuk menyelaraskan pengurusan pendatang asing di Sabah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pas itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Sabah bermula 1 Jun, 2020.

“Ketika ini kami sedang merangka cara untuk melaksanakannya di mana satu badan khas akan diwujudkan di Peringkat Negeri yang kemudian akan dijelaskan lebih lanjut oleh Ketua Menteri tidak lama lagi,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing, di sini, Jumaat.

PPS, katanya, adalah satu kad yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti biometrik, gambar dan cap jari.

“Pengeluaran PPS diharap dapat menyelesaikan isu pelbagai dokumen pengenalan yang dipegang oleh pendatang asing dan untuk membantu penguatkuasa undang-undang serta untuk memantau pergerakan pendatang asing oleh pihak berkuasa.

“Kerajaan juga akan memberi penekanan untuk menangani isu individu dengan dokumen palsu yang cuba melalui pintu masuk di Sabah, khususnya di lapangan terbang dan juga meningkatkan sistem penapisan dan kemudahan di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.”

Keputusan itu dibuat selepas ia dimaklum bahawa pelbagai dokumen, seperti IMM13, Surat Burung-Burung dan Kad Banci dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri menjadikan ianya sukar untuk memantau pendatang asing di Sabah.

Muhyiddin mendedahkan, setakat ini terdapat lebih 600,000 pemegang dokumen-dokumen itu di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pengeluaran PSS adalah satu langkah serius yang diambil oleh kerajaan untuk menangani isu berlarutan pendatang asing di Sabah. (Lihat laporan berasingan di muka surat ini)

Tiga dokumen itu kebanyakannya dikeluarkan kepada warganegara Filipina iaitu kad IMM13 kepada warga asing berstatus pelarian, Sijil Banci ketika program pemutihan Pasukan Petugas Khas Persekutuan dan Kad Burung-Burung yang dikeluarkan pada 1970 hingga 1990-an.

Muhyiddin berkata apabila PSS dikeluarkan, tiga dokumen itu akan ditarik balik.

“Isu ini sangat kompleks dan ia tidak boleh diselesaikan semalaman. Itulah sebabnya kenapa Kementerian Dalam Negeri mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membatalkan ketiga-tiga dokumen itu.

“Apabila kita telah menyelesaikan sebahagian daripada masalah itu, saya percaya kita boleh melangkah ke hadapan untuk menyelesaikan masalah-masalah lain.”

Sementara itu, Muhyiddin berkata bilangan pendatang tanpa izin yang dihantar pulang dari Sabah dari 1990 hingga 4 September 2019 ialah 586,367.

“Bagi 2019 sahaja, bilangan warga asing yang dihantar pulang sehingga 4 September 2019 ialah 8,343,” katanya.

Fokus  Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing adalah untuk membincang dan menyelesaikan isu berkaitan mengurus pendatang asing, termasuk kewujudan pendatang tanpa izin di Sabah.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here