Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


80 anggota polis Tuaran sertai Kejohanan Sepak Takraw Tertutup
Published on: Sunday, October 20, 2019
By: R Gonzales
Text Size:

80 anggota polis Tuaran sertai Kejohanan Sepak Takraw Tertutup
TUARAN: Demi menyahut kempen gaya hidup sihat, seramai 80 anggota polis daerah Tuaran menyertai Kejohanan Sepak Takraw Tertutup sempena Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, di sini, baru-baru ini.

Acara yang julung kali diadakan di Dewan Seri Sulaman itu bertujuan membudayakan sukan dalam kalangan anggota polis bagi menjamin agenda ‘Sukan Untuk Semua’ kekal relevan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, seramai 12 pasukan berentap dari IPD Tuaran dan Balai Polis Tamparuli bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari.

Katanya, acara itu merupakan acara kemuncak selepas beberapa acara sukan lain seperti bola tampar, bola sepak dan maraton.

“Budaya ini memberi impak kepada pencapaian kita. Jika tiada budaya bersukan, kecergasan untuk bertugas juga akan semakin menyusut.

“Kesimpulannya, apa yang penting adalah membentuk negara yang lebih sihat apatah lagi dengan ancaman penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan acara terbabit.

Menurut Hamizi, IPD Tuaran turut merancang untuk mengadakan acara larian ‘Fun Run’ bersama orang awam yang dijangka membabitkan penyertaan sebanyak 500 peserta.

“Tarikh acara dijangka adalah 19 Januari 2020 dan penganjuran itu akan mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan Sabah Daerah Tuaran serta Majlis Daerah Tuaran (MDT).

“Disamping itu, pihak IPD Tuaran berterima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Sabah Daerah Tuaran kerana menyumbangkan jaring dan tiga bola takraw untuk menjayakan acara ini,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here