SPONSORED CONTENT
The forum, set for Feb 4-5, 2026, aims to strengthen Sabah's position as a competitive Asia Pacific hub for Business Events and cross-border collaboration.
Advertisement
Liew meneruskan: “Saya mengambil kesempatan ini untuk memuji Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) kerana terus memperjuangkan nasib wanita di Sabah ke arah kemajuan keseluruhan golongan itu sejak penubuhannya pada 1988.
“Saya sedar sejak tiga dekad lalu, MPWS telah banyak berusaha tanpa penat lelah untuk menangani pelbagai kebimbangan terhadap peningkatan status sosio-ekonomi wanita, khususnya wanita di luar bandar yang kurang bernasib baik. Saya tahu aktiviti ekonomi yang dimulakan oleh Jawatankuasa Ekonomi MPWS yang disasarkan kepada usahawan wanita luar bandar telah membuahkan hasil. Syabas!”
Berdasarkan rekod prestasi yang sememangnya terbukti, beliau meluahkan keyakinannya bahawa MPWS akan terus menyuarakan isu penting yang memberi kesan kepada wanita. Ini termasuk menentang diskriminasi terhadap wanita (jika ada) ke arah mencapai kesaksamaan gender, meningkatkan kepekaan gender, mempromosikan penyertaan sama rata dalam proses membuat keputusan, menangani gangguan seksual di tempat kerja dan memerangi semua bentuk keganasan terhadap wanita.
Dari pemerhatiannya, MPWS secara efektif berfungsi sebagai ‘saluran’ antara wanita di Sabah dan Kerajaan Negeri. “Sehubungan itu, demikian, pertubuhan-pertubuhan wanita tidak perlu teragak-agak untuk menyalurkan keperluan dan aspirasi mereka kepada Kerajaan Negeri menerusi MPWS (untuk pertimbangan Kerajaan).”
Ketika ini, MPWS dipengerusikan oleh bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Noni J. Said.
Seperti namanya, MPWS adalah badan perunding, pemikir dan pemangkin pembangunan wanita di negeri Sabah.
“Saya mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada wanita-wanita di Sabah dan sama-samalah kita menjadi sebahagian daripada Agenda Wanita untuk Perubahan Positif.”









