Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Muhyiddin pandang serius dakwaan pengeluaran kad data dokumentasi warga asing
Published on: Monday, November 04, 2019
Published on: Mon, Nov 04, 2019
Text Size:
Text:
Muhyiddin pandang serius dakwaan pengeluaran kad data dokumentasi warga asing
SERDANG: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius laporan yang mendakwa terdapat syarikat yang menjalankan aktviti pengumpulan data dan pengeluaran kad data dokumentasi bagi warga asing.

“Saya memandang perkara ini cukup serius, tetapi kita sebut di sini bahawa ia tiada kena mengena dengan Jabatan Pendaftaran Negara atau Jabatan Imigresen,” katanya kepada media selepas menghadiri Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Ahad.

Advertisement
Beliau mengulas demikian berhubung kenyataan KDN pada Ahad yang membuat laporan polis di Putrajaya menafikan kaitan kementerian itu dalam kegiatan pengumpulan data dan pengeluaran kad data dokumentasi  bagi warga asing. 

Kenyataan tersebut menyebut bahawa KDN tidak pernah melantik mana-mana syarikat untuk menjalankan pengumpulan data maklumat dokumentasi pekerja asing, warga asing atau mana-mana individu yang mempunyai masalah kerakyatan di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, KDN juga menerima maklumat berhubung kegiatan beberapa syarikat dan pertubuhan mengumpulkan maklumat, mendaftar dan mengeluarkan kad dokumentasi kepada warga asing terutamanya kepada pendatang asing tanpa izin (PTI).

“Selepas melihat laporan itu saya minta ketua-ketua pengarah berkaitan untuk meneliti sama ada itu adalah benar atau palsu, kalau benar tindakan keras mesti diambil. 

Advertisement
“Mungkin sudah berlaku berapa kes namun saya tidak tahu, tetapi apabila ada laporan sebegini kita laporkan segera kepada pihak polis untuk menyiasat punca siapa yang melakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, berhubung laporan  kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenai terorisme pada 2018 yang mengekalkan Malaysia sebagai “sumber dan titik transit” kumpulan pengganas seperti IS, Abu Sayyaf, al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah Sabtu lepas, menteri tersebut berkata pihaknya maklum tentang perkara itu. 

Advertisement
“Kita tahu sejak beberapa tahun kebelakangan ini Malaysia adalah negara tumpuan transit yang dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan pengganas namun apa yang penting adalah apa yang kita lakukan di sini untuk menentukan supaya elemen seperti ini kita tidak biarkan,” katanya.

Oleh demikian, katanya peranan Bahagian Anti Pengganas, Polis Di Raja Malaysia amat penting bagi menahan dan mendakwa mereka yang terlibat ke muka pengadilan termasuk menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Bukti yang diberikan AS itu adalah satu kenyataan dan disebabkan itu kita akan terus pantau ambil langkah pencegahan dan lain-lain. Ini memang ada dalam pengetahuan kita,” katanya. – Bernama
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here