Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Safar dilantik sebagai SKN Sabah
Published on: Thursday, November 07, 2019
Published on: Thu, Nov 07, 2019
Text Size:
Text:
Safar dilantik sebagai SKN Sabah
KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Safar Untong dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah yang baharu berkuat kuasa 4 Nov lepas.

Beliau menggantikan Datuk Hashim Paijan yang bersara wajib pada 2 November.

Advertisement
Penyerahan watikah pelantikan dibuat semasa mesyuarat pasca Kabinet diikuti majlis serah terima tugas antara Hashim dan Safar di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di sini, pada Rabu.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kenyataan berkata kerajaan negeri bersetuju untuk melantik Safar sebagai SKN berikutan pengalaman luas dimilikinya dalam perkhidmatan awam Sabah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Safar, 55, mula menyertai perkhidmatan awam Sabah pada Oktober 1987 sebagai Juru Ukur Daerah.

Pemegang Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan dan Pentadbiran Tanah) dari Universiti Teknologi Malaysia itu pernah menggalas pelbagai jawatan dalam jabatan termasuk Pegawai Juru Ukur Daerah, Bahagian Pantai Barat Selatan, Penolong Pemugut Hasil Tanah di Sandakan dan Penguasa Tanah dan Ukur.

Advertisement
Anak kelahiran Beaufort itu juga memiliki keahlian profesional dalam bidang juru ukur tanah termasuk Felo Institut Juruukur Diraja Malaysia, Juruukur Tanah Berdaftar, Sabah dan Juruukur Tanah Berdaftar, Semenanjung Malaysia.

Safar turut diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila menjadi Ahli Royal Institution of Chartered Surveyor United Kingdom sejak 2016. – Bernama
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here