Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Rumah penduduk diancam hakisan
Published on: Tuesday, November 12, 2019
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Rumah penduduk diancam hakisan
BELURAN: Penduduk Kampung Tagas-Tagas dalam kawasan Sugut di sini meminta bantuan pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah hakisan tebing sungai di kampung berkenaan.

Menurut Ketua Kampung Tagas-Tagas, Rahman Harry Diong, kejadian tanah runtuh itu mula berlaku pada 2 November lepas dan kini semakin menghampiri rumah penduduk.

Menurut Rahman, mereka telah berhubung dengan beberapa pihak termasuk sebuah syarikat dan jabatan berkaitan berhubung perkara itu. 

Bagaimanapun, belum ada sebarang tindakan diambil sehingga kini, katanya yang menemui Harian Ekspres di Sandakan, pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak terbabit akan segera mengambil tindakan dan membantu penduduk yang terjejas oleh kejadian tanah runtuh itu sebelum perkara tidak diingini berlaku.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here