LAHAD DATU: Kebakaran memusnahkan enam rumah kayu di Kampung Unta, Jalan Bakawali, di sini, Rabu.
Pegawai Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Riki Mohan Singh Ramday berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.40 pagi dan 14 anggota bomba dengan dua jentera dan sebuah kenderaan EMRS dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Pasukan berjaya mengawal kebakaran jam 8.19 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya sambil menambah operasi tamat pada 11 pagi.