Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rumah panjang lansaran Murut bakal jadi mercu tanda baharu Kemabong
Published on: Wednesday, April 24, 2024
Published on: Wed, Apr 24, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Rumah panjang lansaran Murut bakal jadi mercu tanda baharu Kemabong
Rubin yang juga Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) berkata, pembinaan fasa kedua kini dalam proses tender melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (SDO). - FOTO (kanan) untuk ilustrasi sahaja.
Tenom: Daerah Tenom akan mempunyai satu lagi mercu tanda iaitu rumah panjang lansaran Murut di Pekan Kemabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, pembinaan fasa pertama rumah panjang itu sudah pun siap.

Advertisement
Katanya, pembinaan fasa kedua akan menyusul dengan kos RM2 juta yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan kerjanya ke Kemabong pada Disember tahun lalu.

Rubin yang juga Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) berkata, pembinaan fasa kedua kini dalam proses tender melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (SDO).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan siapnya rumah panjang ini kelak, kita akan mewujudkan galeri untuk semua suku kaum yang terdapat di negeri ini seperti sub etnik Murut iaitu Tahol, Timugon, Nabai, Paluan, Bookan, Kolor Tangala, Tangara dan pelbagai kaum yang lain seperti Lundayeh, Dusun, Kadazan, Melayu dan juga kaum Tiong Hwa.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Parlimen Tenom dan Pejabat Adun Kemabong  di Dewan Sri Panglima Antenom di sini pada Ahad.

Advertisement
Dalam perkembangan lain, Rubin berkata, sambutan pesta Kalimatan Peringkat Negeri akan diadakan pada Julai ini dengan pelbagai pengisian aktiviti berkaitan kebudayaan suku kaum Murut yang ada di negeri ini.

Katanya, ia dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
“Pada penghujung Mac lepas Pesta Kalimaran telah dianjurkan di peringkat DUN Melalap tetapi pada ketika umat Islam menjalankan ibadah puasa maka untuk peringkat negeri kita tunda ke Julai,” kata Rubin.

Katanya lagi, penundaan turut dibuat bagi memberi laluan kepada penganjuran Pesta Kaamatan yang dijangka sehingga Jun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here