Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Malaysia dipelawa jadi tetamu khas pesta buku
Published on: Tuesday, November 12, 2019
By: James Sarda
Text Size:

Malaysia dipelawa jadi  tetamu khas pesta buku
SHARJAH: Malaysia yang merupakan pilihan Unesco untuk Ibu Negara Buku Dunia tahun hadapan, digesa oleh pemegang gelaran semasa, UAE, untuk mengambil bahagian dalam acara tahunan Pesta Buku Antarabangsa Sharjah sebagai negara Tetamu Kehormat untuk lebih mempromosi kesusasteraan dan tarikan kebudayaannya kepada dunia.

“Sepanyol dalam senarai seterusnya (untuk tahun hadapan) dan Malaysia ada peluang untuk turut serta tapi mereka perlu memohon terlebih dahulu,” kata Pengerusi Lembaga Buku Sharjah (SBA), Ahmed Rakkad Al Ameri, di Pusat Ekspo Sharjah.

Mexico adalah Tetamu Kehormat tahun ini dan mengambil peluang yang disediakan oleh pesta buku ketiga terbesar dunia itu dengan mempamerkan budaya, sejarah, makanan, kesusasteraan, karya seni, muzik dan filem kepada lebih dua juta pelawat pada acara 11 hari itu.

Acara ke-38 itu tahun ini diserikan oleh kehadiran beberapa selebriti dan ikon termasuk pelawak terkenal Amerika dan hos televisyen, Steve Harvey; penerima Hadiah Nobel Turki, Orhan Pamuk; pembikin filem yang pernah meraih anugerah Oscar dari India, Gulzar; mentor kepimpinan Robin Sharma; gergasi kesusasteraan, Vikram Seth dan penulis-penulis lain yang telah menjual jutaan naskhah buku mereka termasuk Mark Manson, Elisabetta Dami, Stephen Ritz, James Clear dan Ibtihaj Muhammad, pemenang pingat olimpik berhijab pertama.

SBA juga menandatangani perjanjian usaha sama kedua di pesta itu dengan syarikat berpangkalan di Malaysia, Big Bad Wolf Ventures Sdn Bhd, penganjur jualan buku terbesar dunia (Jualan Buku Big Bad Wolf) untuk membolehkan orang ramai, terutamanya di wilayah Timur Tengah dan Afrika, untuk mendapatkan lebih banyak buku pada harga mampu milik.

Ini dapat dicapai melalui Big Bad Wolf Sharjah dengan cawangan setempat terletak di Bandaraya Penerbitan Sharjah, zon penerbitan bebas pertama dunia.

“Ia adalah situasi menang-menang untuk kami. Dengan usaha sama ini, kami membangunkan era baharu dalam penerbitan dan pengedaran di seluruh dunia,” kata Al Ameri.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here