Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Peluang Sabah jadi hab pengangkutan, logistik
Published on: Wednesday, November 13, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Peluang Sabah jadi hab pengangkutan, logistik
SANDAKAN: Malaysia harus mengambil peluang untuk mendorong pembangunan Kawasan Pembangunan Asean Timur (BIMP-EAGA) susulan pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee (gambar) berkata, ini kerana Kawasan Pembangunan Asean Timur mempunyai potensi yang kuat dalam pembangunan ekonomi.

Katanya, negara juga boleh mengambil peluang ini untuk menjadikan Sabah sebagai hub pengangkutan dan logistik kerana negeri ini berada dalam kedudukan geografi sederhana.

Tambahnya, BIMP-EAGA yang terdiri daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina termasuk Malaysia juga meliputi kawasan seluas kira-kira 1.6 juta kilometer persegi dan mempunyai penduduk dianggarkan seramai 60 juta orang.

“Ia juga mempunyai potensi pasaran yang besar,” katanya pada perbahasan bacaan kali ketiga Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020 Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di Dewan Rakyat.

Selain itu, Vivian juga berkata Segitiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–Thailand (IMT-GT) dan BIMP-EAGA juga hanya menerima dana sebanyak RM4 juta di bawah Program Kerjasama Serantau.

 “Ini jelas gagal memenuhi keperluan pasaran. Negara kita perlu mengenali keupayaan BIMP-EAGA yang boleh menggalakkan ekonomi pasaran dan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mendorong pembangunan ini, terutamanya memperbaiki infrastruktur kawasan yang berkaitan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Vivian berkata, laporan statistik Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (Sedia) pada 2018 menunjukkan rakan dagang utama Sabah adalah Semenanjung Malaysia, India, China, dan Australia.

“Tetapi jumlah dagangan antara Indonesia dan Filipina yang bersebelahan dengan Sabah separuhpun tidak sampai daripada dengan Australia,” katanya.

Beliau berkata, Kalimantan juga hanya bersebelah dengan Sabah, tetapi tidak ada hubungan pengangkutan sempadan yang sempurna, bahkan tidak ada bangunan imigresen dan kuarantin yang rasmi serta terminal feri.

Katanya, rangkaian pengangkutan yang tidak mencukupi ini juga telah menyekat perjalanan ekonomi pasaran dan perdagangan.

Selain itu, kadar kemiskinan di negeri ini mencapai lapan peratus iaitu kadar tertinggi di seluruh negara.

“Sabah memerlukan perhatian kerajaan baru dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mengambil tindakan yang positif agar menangani masalah ini,” katanya.

Manakala bagi Sandakan pula, jelasnya ia mempunyai banyak projek infrastruktur dalam Rancangan Malaysia Ke-11. “Tetapi sampai ke hari ini ia belum dilaksanakan,” katanya.

Ini termasuk Kolej Seni Negeri Sabah di Hab Pendidikan Sungai Batang Sandakan, rancangan menaiktraf sistem kumbahan daerah Sandakan serta stesen janakuasa Pantai Timur.

Katanya, selain Projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah yang telah dihentikan, pihak kerajaan juga tidak ada mengumumkan rancangan baharu untuk menggantikannya.

“Ini akan menyebabkan bekalan kuasa di Pantai Timur Sabah menghadapi masalah bekalan kuasa tidak mencukupi,” tambahnya.

Menurut Vivian lagi, atas faktor tidak stabil dalam pasaran penanaman global, Kluster Industri Minyak Sawit Sandakan juga tidak dapat digunakan dengan baik.

Katanya, masalah ini juga memerlukan perhatian Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mencadangkan penangguhan yang berkesan agar dapat menyelesaikan masalah ini.

Tambahnya, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi juga harus memulihkan pembangunan ekonomi Sabah dan mengelakkan negeri tidak terlalu bergantung pada pasaran kelapa sawit.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here