Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Larry Lajinoh teruja jadi teraju utama dalam Avakas
Published on: Saturday, November 16, 2019
By: Stella Dumin
Text Size:

Larry Lajinoh teruja jadi teraju utama dalam Avakas
MEMBAWA watak utama dalam Avakas, aktor kelahiran Ranau, Larry Lajinoh, 25, mengakui sangat teruja dengn tanggungjawab yang diberikan kepadanya itu.

Walaupun sebelum ini, Larry telah banyak kali menjayakan watak dalam teater, filem pendek namun katanya Avakas memberi pengalaman yang baru kepadanya.

“Saya pertama kali berlakon dalam filem, tapi saya bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit Avakas kerana memberi kepercayaan kepada saya membawa watak utama dalam filem ini.

“Dalam filem ini saya membawa watak Avakas dalam usia 20-30an, sebab dalam filem ini ada tiga orang yang membawa watak Avakas iaitu Avakas kanak-kanak, Avakas remaja dan dewasa.

“Avakas ni seorang yang sangat baik, dia tidak suka keganasan, namun apabila benda atau orang yang dia sayang diganggu, seperti keamanan kampung, Avakas mula memberontak, berubah menjadi ganas kerana dia mahu menjaga keamanan kampungnya,” kata Larry.

Mengupas cabaran yang dihadapinya semasa menjayakan watak itu, Larry yang juga Mr Kaamatan Ranau 2018, mendedahkan dalam Avakas ini dia terpaksa bertutur dalam bahasa Kadazan.

“Bahasa Kadazan memang bukan bahasa yang saya gunakan setiap hari, namun selepas mendapat bantuan daripada pihak pengarah, saya mampu bertutur dalam bahasa Kadazan dengan baik.

“Selain itu, babak aksi dalam filem ini, contohnya berlawan menggunakan parang, terjun dari tebing, kami malakonkan aksi itu sebenar dan terpaksa menahan sakit. Namun itulah pengorbanan sebagai pelakon dalam masa sama ia adalah proses untuk mempelajari benda baharu,” katanya.

Memasang impian untuk menjadikan lakonan sebagai kerjaya tetapnya, Larry yang juga graduan dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Drama dan Teater berkata bidang lakonan adalah sama dengan kerjaya lain cuma tekanannya agak berbeza.

“Namun jika kamu buat sesuatu yang kamu minat, kamu tidak akan rasa ia sebagai cabaran tetapi satu peluang untuk belajar dan manambah pengalaman,” katanya.

Melanjutkan bicara, Larry memberi tahu bakal muncul dengan beberapa lagi filem baharu.

“Saya bersyukur, tidak putus-putus mendapat tawaran berlakon daripada produksi filem. Saya kini terlibat dalam penggambaran untuk beberapa lagi filem baharu, namun setakat ini tajuk filem tersebut belum boleh saya dedahkan.

“Selain itu, dibawah produksi ini pun kami memang suda mempunyai rancangan untuk shoot filem baharu selepas Avakas ini siap. Malah dalam filem itu nanti selain berlakon, saya juga akan membantu dalam bidang artistic,” katanya.

Ditanya mengenai pandangan keluarganya dan rakan-rakanya apabila menceburi bidang lakonan, Larry bersyukur apabila mereka sangat menyokong minatnya itu.

“Mereka sangat suka apabila saya berusaha bersunguh-sunguh mencapai cita-cita saya, dan dalam masa sama mereka juga sangat menyokong saya. Walaupun ada kalanya mereka suka mengusik saya. Berbeza pula dengan rakan-rakan saya, mereka  terkejut, namun dalam masa yang sama mereka bangga dan menyokong saya.

“Itu yang kita mahu, kawan harus sentiasa menyokong kawan, mereka memang kenal saya, jadi apabila mereka menonton lakonan saya mereka akan ketawa, tapi mereka berpuas hati dengan lakonan saya.

 “Sama juga dengan pengarah, pensyarah dan cikgu yang memang sentiasa menyokong saya dalam bidang ini, mereka selalu cakap ‘saya tau kau boleh pergi jauh’.

“Memang tiada ruang untuk saya berputus asa dalam bidang ini, saya mahu terus maju dan sentiasa belajar dalam bidang ini,” kata Larry.

Dalam pada itu, Larry juga berharap belia di luar sana yang mempunyai minat dalam bidang lakonan supaya jangan malu untuk mencuba.

“Percaya kata saya, bidang ini memang bukan mudah, bidang lakonan ini memang seronok, glamour, namun apabila menceburi bidang ini kita perlu sedia berkorban, tetapkan minda kamu untuk belajar, dan sentiasa memberi yang terbaik serta jangan lupa untuk enjoy dengan apa yang kamu buat. – Stella Dumin

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here