Wed, 24 Dec 2025
Headlines:
Pencapaian pendidikan di Sabah perlu dipertingkat: Adun Usukan
Published on: Tuesday, November 19, 2019
Published on: Tue, Nov 19, 2019
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Pencapaian pendidikan di Sabah perlu dipertingkat: Adun Usukan
Kedudukan teruk Jabatan Pendidikan Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam penarafan dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Isnin.

Adun Usukan, Datuk Japlin Akim, ketika menyuarakan kekecewaannya, berkata  sudah diketahui bahawa Sabah paling ketinggalan dari segi pencapaian pendidikan, di mana Jabatan Pendidikan Sabah berada pada kedudukan ke-16 dalam kalangan 16 jabatan pendidikan negeri.

Advertisement
Katanya, ini hingga ke tahap di mana Jabatan Pendidikan Sabah muncul dengan slogan “Katakan Tidak Kepada 16”, walaupun beliau percaya bahawa Jabatan Pendidikan Sabah dan komuniti pengajaran di Sabah telah bekerja gigih untuk menambahbaik prestasi dan pencapaian bidang pendidikan.

“Saya sendiri nampak betapa berat tanggungjawab dan pengorbanan yang dibuat oleh guru-guru kita di Sabah. Mereka mengorbankan tenaga, masa dan ada ketikanya wang untuk meningkatkan pencapaian pendidikan kita di Sabah. Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh komuniti pengajaran kita di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
“Malangnya, walaupun mereka telah bekerja keras, prestasi dan pencapaian pendidikan Sabah masih lagi tercorot,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2020.

Menurutnya, berdasarkan taklimat dan perbincangan dengan golongan pengajar serta lawatan-lawatan ke sekolah, didapati bahawa banyak masalah yang menjejaskan prestasi pendidikan di Sabah.

Advertisement
Ini termasuk kekurangan kakitangan pentadbiran khususnya dalam sesetengah sektor, kurang guru khususnya bagi sesetengah mata pelajaran, kurang bilik darjah sehingga berlaku kesesakan dalam bilik darjah, terlalu banyak sekolah usang dan tidak diselanggara, kurang kemudahan internet dan akses menyebabkan kesukaran kepada guru-guru dan pelajar dan kurang sekolah berasrama penuh di mana terdapat hanya dua sekolah berasrama penuh di Sabah, iaitu di Lahad Datu dan Tuaran.

“Kita ketinggalan jauh di belakang jika dibandingkan kepada Negeri Sembilan yang mempunyai lapan sekolah berasrama penuh… jadi saya percaya kedudukan teruk kita adalah disebabkan oleh semua masalah yang telah saya sebutkan,” katanya, sambil menambah suda tiba masanya bagi Kerajaan Negeri dan Jabatan Pendidikan Sabah untuk mendesak Kerajaan Persekutuan mempercepatkan penyelesaian kepada semua masalah tersebut, termasuk membina lebih banyak sekolah berasrama penuh bagi pelajar-pelajar pintar di Sabah.

Advertisement
Ini adalah penting supaya pelajar-pelajar Sabah yang bijak boleh terus cemerlang tanpa sebarang masalah yang menjejaskan kemajuan mereka ke peringkat lebih tinggi, katanya.

Japlin juga mencadangkan agar Kementerian Pelajaran dan Inovasi diberikan peruntukan lebih besar dan peranan serta fungsinya diperkukuh, sebagai usaha jangka panjang untuk melahirkan modal insan berpengetahuan.

Menurutnya, Kementerian itu tidak seharusnya sekadar berfungsi untuk menganjurkan kursus dan seminar, tetapi juga diberi kuasa untuk menyelenggara sekolah-sekolah di Sabah.

“Bukankah lebih bagus jika Kementerian itu mempunyai peruntukan yang boleh disalurkan melalui wakil-wakil dipilih untuk pembaikan-pembaikan kecil di sekolah dalam kawasan masing-masing? Ini akan membolehkan Kementerian memainkan peranan dalam membantu melonjakkan kecemerlangan pendidikan di Sabah,” katanya.

Japlin juga berkata beliau turut kecewa apabila UMS berada pada kedudukan ke-20 dalam kalangan universiti-universiti terbaik di Malaysia, kedudukan ke-274 di Asia dan dalam kumpulan 801 – 1,000 di dunia.

“Walaupun kita gembira kerana UMS dikatakan sebagai antara kampus yang indah dalam negara tapi amat menyedihkan kerana kita agak ketinggalan dari segi kecemerlangan,”  katanya, sambil menambah UiTM Sabah yang merupakan angara kampus UiTM terawal dibina dalam negara ini pada 1973 juga ketinggalan dari segi pencapaian dalam negara.

Beliau berkata antara keadaan yang menjadikan rakyat tidak selesa ialah terdapat ramai lepasan sekolah di Sabah, sama ada layak atau tidak, yang tidak memilih kursus sains dan kejuruteraan kerana mereka tidak memiliki pencapaian akademik.

Ini berlaku walaupun pasaran pekerjaan mahu lebih ramai graduan dari bidang teknikal berbanding sains sosial, katanya, sambil menggesa Kementerian Pelajaran dan Inovasi mengambil tindakan untuk menambahbaik semua kemudahan yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan pendidikan di Sabah.

Dalam perkembangan lain, Japlin berkata beliau menerima aduan daripada pemilik-pemilik tanah dan rumah yang terjejas oleh pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, yang turut melalui kawasannya, yang masih belum menerima pampasan yang mereka patut terima.

“Selain itu, saya juga menerima rungutan daripada rakyat yang rumah mereka rosak oleh gegaran yang dicetuskan oleh lori-lori besar yang terbabit dalam pembinaan Pan Borneo. Ia menyebabkan retak pada rumah mereka dan perkara ini tidak diberi perhatian oleh pihak berkuasa berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lori-lori yang digunakan dalam pembinaan lebuh raya itu juga menyebabkan kerosakan kepada jambatan Kuala Abai, yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat yang risau akan keselamatan mereka apabila menggunakan jambatan itu.

“Lebih baik pemaju projek terbabit dan pihak berkuasa terbabit mengambil tindakan segera untuk membaiki dan mencari alternatif sebelum sesuatu yang buruk berlaku. Kita tidak mahu isu seumpamanya merosakkan persepsi rakyat terhadap Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Kita juga tidak mahu dituduh sebagai menafikan hak pemilik tanah atau menekan mereka, hanya kerana kita mahu menyiapkan projek besar itu,” katanya, sambil menggesa pihak berkuasa terbabit agar mengambil tindakan ke atas jalan gelap dan tidak diselenggara antara pekan Manggatal dan bulatan Berunggis ke Tuaran.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here