Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Penolong jurutera direman disyaki minta, terima rasuah
Published on: Friday, November 22, 2019
Text Size:

Penolong jurutera direman disyaki minta, terima rasuah
LAHAD DATU: Seorang penolong jurutera di daerah ini direman tujuh hari bermula Khamis hingga 27 November depan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berkaitan projek sekolah.

Permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan oleh Hakim Zaini Fishir @ Fisal di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis.

Terdahulu suspek berusia 38 tahun itu ditahan oleh SPRM di pejabatnya pada Rabu lepas.

Suspek dikatakan terlibat melakukan kesalahan rasuah membabitkan nilai RM20,000 yang bertujuan mempercepatkan tuntutan pembayaran projek sekolah.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. – Bernama

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here