Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Perbanyak usaha, program tingkat kualiti kesihatan rakyat
Published on: Sunday, December 01, 2019
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:

Perbanyak usaha, program tingkat kualiti kesihatan rakyat
KIULU: Klinik kerajaan di negeri ini diseru memperbanyakkan program serta usaha dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat, khususnya rakyat di luar bandar.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Jo-Anna Sue Henley Rampas berkata, ini sejajar dengan komitmen kerajaan Sabah untuk meningkatkan kualiti kesihatan rakyat di negeri ini.

“Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menyatakan komitmen kerajaan negeri sekarang untuk meningkatkan dan menambah baik perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

“Ke arah merealisasikan komitmen ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM129.67 juta kepada Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat bagi tujuan mengurus dan melaksanakan program-program berkaitan kesihatan, pembangunan keluarga dan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Hari Terbuka Klinik Kesihatan Kiulu, di sini.

Turut diadakan adalah Majlis Penghargaan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kiulu dan pengaktifan semula kelab warga emas klinik terbabit.

Hadir sama, Pegawai Kesihatan Daerah Tuaran Dr Noraziah Bakri dan Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kiulu, Janih Bangud.

Jo-Anna menegaskan, kerajaan tidak pernah alpa mahupun meminggirkan masalah-masalah rakyat, termasuk keperluan penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan di luar bandar.

“Sejak 4 September tahun ini, perkhidmatan Flying Doctor, yang ditamatkan Jabatan Kesihatan pada 2016, diperkenalkan semula di Sabah oleh kerajaan negeri kerana sedar penduduk di luar bandar dan pedalaman masih memerlukan perkhidmatan ini disebabkan kesukaran untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital ekoran faktor jarak.

“Kewujudan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, saya percaya akan memudahkan lagi usaha ke arah melonjakkan kualiti kesihatan rakyat, termasuk menangani isu berkaitan klinik kesihatan luar bandar seperti kekurangan kelengkapan perubatan, keadaan bangunan yang uzur dan usang serta isu doktor dan kakitangan tidak mencukupi,” katanya.

Terdahulu, beliau meluahkan penghargaan terhadap perkhidmatan dan sumbangan yang diberikan kakitangan di klinik kesihatan itu kepada penduduk Kiulu.

“Kepada kakitangan yang telah bersara ataupun berpindah ke tempat lain, bakti anda kepada masyarakat di daerah kecil ini, pastinya akan menjadi penanda aras dalam mengukur sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat di negeri ini,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here