Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Misi pelaburan ke Jepun berjaya: KM
Published on: Friday, December 06, 2019
By: Sherell Jeffrey
Text Size:

Misi pelaburan ke  Jepun berjaya: KM
Gambar fail dari Bernama.
Kota Kinabalu: Misi pelaburan ke Jepun merupakan misi ke luar negara yang berjaya bagi Kerajaan Sabah, selepas China.

Kali ini, kerajaan bukan saja memeteraikan perjanjian dengan sebuah syarikat berpusat di Tokyo yan akan menyaksikan pelaburan RM100 juta dalam kegunaan tenaga biojisim, tetapi juga potensi pelaburan lain dalam sektor automotif dan perabot.

“Beberapa inisiatif telah dibincangkan dan kami akan membuat usaha susulan untuk mencapainya,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas tiba di sini, Khamis.

Lawatan lima-hari itu menyaksikan Shafie dan rombongannya melawat dan bertemu dengan kira-kira 15 syarikat di lima bandar di Jepun.

Lawatan ini juga membabitkan tiga seminar di mana Shafie menjelaskan bagaimana Kerajaan Sabah dapat melaksanakan dasar terbaik untuk memastikan bahawa pelaburan di Sabah bermanfaat dan lestari.

Ia juga termasuk pindaan kepada  enakmen yang membolehkan kelulusan diberikan dalam tempoh 24 jam, dengan syarat pelabur telah memenuhi sesetengah pertimbangan termasuk mematuhi Penilaian Impak Alam Sekitar, dan sebagainya.

Shafie berkata, sudah tentu akan ada tempoh masa di mana mereka (pelabur) perlu merealisasikan pembangunan pada inisiatif tertentu pembinaan industri.

“Kita tidak mahu mereka menyimpan kelulusan untuk tempoh lama, seperti 10 hingga 12 tahun dan kita tidak nampak sebarang industri. Mesti ada tempoh masa untuk kelulusan diberikan jika kita perlu menggalakkan lebih banyak industri masuk,” katanya.

Beliau juga melihat bahawa pelabur Jepun cukup mengenali persekitaran di Malaysia, khususnya Sabah yang lebih dekat dengan Jepun.

“Saya fikir kebanyakan mereka, semasa perbincangan kami, mereka cukup kenal dengan Sabah, malah ada antara mereka sudah banyak kali melawat Sabah bukan saja untuk bermain golf, tetapi sebagai pelancong bercuti bersama keluarga mereka,” katanya.

Beliau juga berkata mereka (pelabur) nampaknya cukup reseptif untuk pergi ke Malaysia terutamanya sebab tahu bahawa negara ini merupakan salah satu negara paling kompetitif di dunia dengan kedudukan ke-12 oleh Laporan Bank Dunia.

Beliau yakin bahawa Sabah khususnya Taman Perindustrian Kota Kinabalu mempunyai bekalan kuasa dan air mencukupi untuk menampung pelaburan di pantai barat.

Bagi pantai timur, Shafie berkata bekalan air di Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) juga tidak banyak masalah dan usaha untuk menyediakan bekalan kuasa mencukupi di kawasan-kawasan itu adalah antara usaha yang sedang dijalankan untuk membantu pelabur.

Kembali kepada perjanjian pelaburan dengan syarikat berpusat di Tokyo, Blue Capital Management Co. Ltd, beliau berkata ia bukan saja akan memberi rangsangan nyata kepada ekonomi Sabah melalui industri minyak sawit tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan.

Beliau berkata, jika Sabah dapat menggalakkan penggunaan minyak sawit, maka halangan daripada pasaran Eropah, contohnya, dapat diatasi. “Kita mungkin pun dapat memasarkan bukan saja ke Jepun tetapi juga negara barat kerana kita mematuhi syarat-syarat antarabangsa.”

Tentang sama ada beliau akan menurunkan Karim Bujang dalam pilihan raya kecil Kimanis, beliau berkata mereka belum mengambil keputusan tetapi sedang meneliti nama-nama.

“Kami akan membuat keputusan apabila masanya tiba. Kita belum tahu tarikh pilihan raya kecil itu. Kami perlu bersedia buat masa ini. Tetapi kami telah pun menyediakan diri kami sejak kes mahkamah pertama.

“Kami tidak akan mengambil ringan perkara ini. Dalam hidup, kita tidak boleh terlalu yakin dan terlalu angkuh. Kita mesti mendapatkan kemenangan dan mencapai seberapa ramai pengundi di kawasan itu,” katanya.

Sama ada ia adalah calon Warisan, beliau berkata, “Saya memang berharap begitu tetapi saya fikir persefahaman sudah ada. Kami yang membawa kes ini ke mahkamah.”

“Saya fikir apa yang penting adalah calon mesti disukai pengundi akar umbi dan boleh melakukan tugas,” katanya.

Tentang siapa yang beliau fikir akan memberi persaingan sengit, Shafie berkata beliau tidak dapat memikirkan sesiapa.

“Selama 33 tahun pengalaman saya dalam politik, saya tidak mengambil ringan, siapa pun mereka, kami hanya perlu bekerja lebih keras untuk memastikan kami mencapainya.”

Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengekalkan keputusan mahkamah pilihan raya yang mengisytiharkan bahawa pilihan raya kawasan parlimen Kimanis, yang dimenangi bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman, batal dan tidak sah.

Anifah, seorang bekas ahli Umno, memenangi kerusi Kimanis dengan lebihan 156 undi sahaja, selepas meraih 11,942 undi sementara Karim Bujang, yang mewakili Warisan, mendapat 11,786 undi.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here