Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerana untung RM110, pesara rugi RM260,000 dalam pelaburan tipu
Published on: Saturday, January 20, 2024
Published on: Sat, Jan 20, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerana untung RM110, pesara rugi RM260,000 dalam pelaburan tipu
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata cubaan pertama mangsa untung RM110 dengan pelaburan RM500 menyebabkan dia melabur dalam jumlah lebih besar. (Gambar Bernama)
KUANTAN: Terpedaya dengan umpan sebanyak RM110 menyebabkan seorang pesara kerugian wang simpanan berjumlah RM260,388 selepas pelaburan saham yang disertainya sebenarnya tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik untuk menyertai pelaburan terbabit kerana dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.

Advertisement
“Mangsa mendakwa mula menyertai pelaburan itu pada awal Disember tahun lepas dan cubaan pertamanya melabur dengan nilai RM500 membawa keuntungan RM110 menyebabkan dia melabur dalam jumlah lebih besar.

“Dia kemudiannya diberikan pautan untuk mendaftar dalam sebuah laman web untuk memantau pergerakan saham dan berminat untuk mengeluarkan keuntungan pada minggu ketiga Disember 2023.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun, suspek dikatakan meminta mangsa untuk membayar cukai pelaburan terlebih dahulu, sehingga dia membuat 14 kali pemindahan wang secara dalam talian ke lima akaun seperti diarahkan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu selepas masih tidak diberikan kebenaran untuk mengeluarkan “keuntungan” itu, menyebabkan dia membuat laporan di balai polis di Kuala Lipis semalam.

Advertisement
Dalam kes berasingan, Yahaya berkata seorang jururawat berusia 50 tahun sanggup membuat pinjaman bank dan menjual barangan kemas, selepas diperdayakan sindiket Macau Scam sehingga kerugian RM105,000.

Mangsa mendakwa dihubungi suspek pada 26 Nov tahun lepas, yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang sedang membuat siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan nama mangsa.

Advertisement
Mangsa menafikan dakwaan itu, namun talian kemudian dikatakan disambungkan kepada seorang anggota “polis” yang menggertak bahawa mangsa akan dikenakan hukuman berat atas kesalahan itu.

Anggota “polis” itu didakwa telah mengarahkan mangsa untuk membuat pemindahan wang ke empat akaun berbeza kononnya bagi tujuan siasatan dan mangsa yang bimbang dikenakan hukuman, telah sedaya upaya memenuhi arahan itu.

Mangsa membuat laporan di balai polis di Jerantut semalam, selepas sedar ditipu kerana gagal menghubungi suspek bagi bertanyakan perkembangan siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here