Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelabur dakwa ditipu pelaburan emas, rugi lebih RM5 juta
Published on: Thursday, December 28, 2023
Published on: Thu, Dec 28, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Pelabur dakwa ditipu pelaburan emas, rugi lebih RM5 juta
LIANA (dua kiri) dan peguamnya, Abdul Gani (tengah) serta antara pelabur yang mendakwa menjadi mangsa.
TAWAU: Seorang peniaga mendakwa mengalami kerugian lebih RM5 juta dalam pelaburan emas terpakai, apabila bekas rakan niaganya tidak mengembalikan wang modal tersebut, yang merupakan miliknya dan lebih 300 individu lain.

Pemilik syarikat Zerina Collection Sdn Bhd, Liana Friska Ramlee, 35, menuntut bekas rakan niaganya itu mengembalikan modal berjumlah RM3,044,814.60 yang diberikan secara tunai dan transaksi dalam talian kerana perlu mengembalikan duit orang lain (pelabur).

Advertisement
Menurutnya, wang itu sebahagiannya miliknya dan pelabur di bawahnya, yang diberikan kepada sebuah syarikat (rakan kongsinya) sebagai modal untuk membeli emas terpakai dan mendapatkan keuntungan apabila emas terpakai itu dijual kepada kilang.

Katanya, dia bertindak membuat laporan polis pada 14 Disember lalu apabila bekas rakan niaganya tidak memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membayar balik kerugian dialami mereka walaupun berjanji berbuat demikian, malah memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya memohon kepada pihak polis agar menjalankan siasatan terhadap kes ini kerana kami (pelabur) ditipu oleh pihak sana (bekas rakan niaga).

“Penipuan ini bukan semata-mata perlanggaran kontrak tetapi satu penipuan disengajakan untuk mengambil kewangan daripada pihak yang tidak tahu tujuan asal wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun yang melakukan penipuan itu,” katanya lagi.

Advertisement
Menurutnya, pelabur terlibat datang dari pelbagai daerah di negeri ini dan bukan hanya golongan peniaga tetapi juga ‘orang susah’ yang terpaksa menjual tanah dan simpanan Tabung Haji kerana percaya kepada beliau (Liana), yang mempercayai bekas rakan niaganya.

Dakwanya, susulan isu tersebut, prestasi dan nama baiknya sebagai ahli perniagaan tercemar dan tergugat, termasuk syarikat perniagaannya turut terjejas akibat kerugian yang melibatkan ramai pelabur.

Advertisement
“Malah, sepanjang isu ini timbul sekitar November dan Disember ini, saya menerima banyak ugutan daripada pihak-pihak yang mengalami kerugian.

“Mereka tidak berpuas hati dengan perkara ini dan ini menjejaskan emosi, mental dan fizikal saya. Saya juga khuatir keselamatan diri dan keluarga,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Liana ditemani peguamnya, Abdul Gani Zelika serta antara rakan-rakan pelabur yang mendakwa turut menjadi mangsa penipuan tersebut.

Menjelaskan lanjut perkara itu, Liana berkata, beliau menjalin kerjasama dengan bekas rakan niaganya pada Mei 2023 lalu sebelum mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama pada Ogos 2023, dan meminta wanita tersebut mengembalikan wang modal sebanyak RM3,044, 814.60 kepadanya (Liana).

Menurutnya, mereka membuat Perjanjian Rakan Niaga yang menyatakan bekas rakan niaganya adalah Rakan Niaga Pertama (RNP) dan beliau (Liana) sebagai Rakan Niaga Kedua (RNK), dan antara lain isi kandungan dipersetujui adalah RNP memulangkan semua modal kepada RNK dalam jangka masa tiga bulan dari tarikh surat perjanjian.

“Bayaran bulan pertama akan dipulangkan adalah modal pertama berjumlah RM3,178,090.00 pada Oktober 2023 kepada RNK,” katanya.

Bayaran bulan berikutnya adalah modal kedua berjumlah RM2,189,611.65 pada November 2023 dan akan berjalan hasil keuntungan sehingga modal dipulangkan.

Dalam pada itu, beliau memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi serta tuduhan tidak berasas kerana beliau juga mangsa dalam kes itu serta mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kenyataan negatif atau berunsur fitnah.

Beliau juga menasihatkan orang ramai di luar sana agar berhati-hati sebelum terlibat dalam sebarang transaksi pelaburan bagi mengelak kerugian.

Mangsa lain yang mendakwa turut ditipu dalam pelaburan emas terpakai itu, termasuk seorang model, Rendiani Mohd Rejab, 18, yang rugi RM26,000 dan usahawan Osman Hermansyah, 26, yang rugi RM383,000 dan hanya sempat mendapat pulangan RM9,000.

Turut mendakwa ditipu, Ale Rahman Abd Rauf yang merupakan wakil MG Jewel membabitkan kerugian RM2,369,000  berbentuk tujuh kilogram (kg) emas dan wang tunai.

Mereka mendakwa terpedaya dengan modus operandi seorang wanita yang ‘berperwatakan baik’ dan menjanjikan keuntungan besar jika melabur dengan syarikatnya.

Sementara itu, Abdul Gani menyatakan pihaknya sudah menghantar notis kepada bekas rakan niaga Liana untuk dijawab dalam tempoh 14 hari, namun belum menerima sebarang maklum balas sehingga kini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here