Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Penduduk tuntut KPM tunai janji bina bangunan baru SMK Kundasang
Published on: Monday, January 13, 2020
Published on: Mon, Jan 13, 2020
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Penduduk tuntut KPM tunai janji bina bangunan baru SMK Kundasang
KUNDASANG: Ratusan penduduk Kundasang menyertai perhimpunan aman di sini Sabtu lepas untuk menuntut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memenuhi janjinya untuk membina bangunan baru SMK Kundasang bernilai RM43 juta.

Mereka menuntut dan menggesa KPM mempercepatkan pembinaan semula SMK Kundasang yang diluluskan pada tahun 2014 dan perlu disiapkan pada tahun 2016 seperti yang diumumkan oleh Pengarah Pendidikan Sabah ketika itu, Datuk Jame Alip.

Advertisement
Menurut penganjur perhimpunan aman itu, Japiril Suhaimin, sehingga kini selepas tujuh tahun, pembinaan SMK Kundasang seperti yang dijanjikan tidak bermula dan ini mengecewakan masyarakat Kundasang dan menyebabkan protes melalui perhimpunan aman itu.

“Kami penduduk Kundasang terutama ibu bapa pelajar berasa sangat kecewa, ditipu dan diabaikan selepas kami dijanjikan tetapi tidak dipenuhi. Ini adalah mengenai masa depan pendidikan anak-anak kita,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Japiril menjelaskan selepas pihak berkuasa mengisytiharkan struktur bangunan SMK Kundasang tidak selamat pada bulan Oktober 2012 akibat tanah runtuh, arahan dikeluarkan oleh kementerian untuk SMK Kundasang ditempatkan sementara di SMK Agama Ranau lama yang telah dikosongkan pada bulan Disember 2012.

“Pada masa itu kami tidak mempunyai pilihan dan mematuhi keputusan KPM demi pendidikan anak-anak kita, walaupun perlu menanggung perbelanjaan tambahan kerana sekolah sementara yang dicadangkan terletak lebih 15 kilometer dari Kundasang.

Advertisement
“Pelajar perlu membelanjakan kira-kira RM180 sebulan hanya untuk kos pengangkutan dan ini dijangka meningkat.

Ramai ibu bapa pelajar merungut kerana tidak dapat menampung kos tambahan itu.

Advertisement
“Pada mulanya, KPM bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan bas untuk mengangkut pelajar dari Kundasang ke sekolah gantian sementara di SMK Agama Ranau sehingga sekolah baru selesai tetapi perkhidmatan ditamatkan setelah beroperasi hanya 6 bulan.

“Walaupun asrama disediakan, tidak semua pelajar memilih untuk tinggal di asrama,” katanya.

Perhimpunan itu diadakan pada jam 8 pagi di perkarangan bekas SMK Kundasang yang dihadiri oleh ratusan ibu bapa, anggota masyarakat dan turut dihadiri aktivis dan bekas guru sekolah, menuntut agar KPM mengembalikan SMK Kundasang ke tapak  asalnya.

Menurut Japiril, antara alasan yang menyokong SMK Kundasang untuk dikembalikan ke tapak asal ialah masih terdapat Zon Selamat yang boleh digunakan untuk sesi belajar di tapak bangunan lama kerana ia tetap utuh walaupun selepas gempa bumi melanda Ranau, khususnya Kundasang pada 5 Jun 2015.

 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here