Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Bot karam di Sandakan: Anggota polis hilang, 36 selamat
Published on: Thursday, February 13, 2020
Text Size:

Bot karam di Sandakan: Anggota polis hilang, 36 selamat
Sanak saudara menenangkan isteri (bertudung kuning) anggota polis yang hilang dalam insiden bot karam di perairan Sandakan pada Feb 13, 2020.
SANDAKAN: Seramai 36 penumpang terselamat manakala seorang anggota polis dilaporkan hilang apabila bot yang mereka naiki karam selepas merempuh sebuah bot lain yang sedang ditunda di perairan Pulau Kampung Tanjung Aru, dekat sini, awal pagi Khamis.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari anggota Pasukan Gerakan Khas, Korporal Asman Ongkal, 40, yang hilang ketika menyelamatkan penumpang lain termasuk anak lelakinya.

Tiga penumpang - dua pelajar dan seorang juragan bot - mengalami cedera parah dan dalam keadaan kritikal di hospital manakala 11 orang penumpang lagi diberi rawatan pesakit luar.

Bot itu dalam perjalanan dari pulau berkenaan ke jeti pekan Sandakan, yang mengambil masa 15 minit, apabila insiden itu berlaku pada jam 5.40.

* Dapatkan naskhah Daily Express anda esok untuk laporan penuh.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here