Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Persediaan Tambadau positif - Henry
Published on: Tuesday, February 18, 2020
Text Size:

Persediaan Tambadau positif - Henry
KOTA KINABALU: Pengurus pasukan Tambadau Sabah, Henry Saimpon (gambar) berkata persediaan pra musim mereka di Indonesia minggu lalu adalah positif buat pasukan walaupun hanya berjaya mencatatkan satu seri dalam empat perlawanan yang diadakan.

Mereka bermula dengan kekalahan 1-3 kepada Persebaya Surabaya dalam aksi persahabatan sebelum mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Gabenor Jawa Timur di mana mereka mengalami kekalahan 2-0 berturut-turut kepada Arema FC dan Persija Jakarta sebelum seri 2-2 dalam perlawanan terakhir menentang Persela. 

“Walaupun keputusan tidak begitu baik seperti yang kita inginkan, tetapi bagi saya, ia adalah perkara kedua kerana apa yang lebih penting sekarang ialah untuk mempersiapkan pasukan supaya kita boleh berada di tahap terbaik apabila bersaing di Liga Super musim ini.

“Keputusan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan di Indonesia adalah untuk memberikan kita platform bagi mencari kombinasi yang tepat dan juga untuk menilai semua pemain bagi mempersiapkan kita, bukan sahaja untuk pasukan pertama tetapi juga untuk mengenal pasti pemain simpanan yang mampu mengambil alih tugas pemain utama apabila mereka diperlukan. 

“Pemain-pemain pada masa yang sama dapat belajar daripada pengalaman bermain menentang beberapa pasukan besar di Indonesia dan di hadapan ribuan penyokong di dalam stadium,” katanya pada Isnin.

Tambahnya ketua jurulatih Kurniawan Dwi Yulianto seharusnya sudah mempunyai idea apa format yang terbaik untuk pasukan dengan pemain yang tersedia.

“Kami sudah mencuba beberapa formasi dan meletakkan pemain di posisi berlainan terutamanya pemain import. Saya pasti jurulatih sudah mengenal pasti apa yang terbaik untuk pasukan, dan kami juga menyedari bahawa terdapat beberapa kelemahan yang kita masih mempunyai masa untuk perbetulkan sebelum permulaan musim.”

Sementara itu, Henry turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bolasepak Sabah Datuk Peter Anthony kerana memberi peluang kepada mereka mengadakan perlawanan pra musim di Indonesia. 

“Datuk memahami kepentingan persediaan pra musim pasukan dan kami sangat berterima kasih atas sokongannya untuk membenarkan kami bermain di luar negara,” katanya.

Sabah akan memulakan musim Liga Super mereka selepas selang tujuh tahun menentang PDRM dalam perlawanan di tempat lawan pada 1 Mac.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here