Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rogol: Remaja dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Published on: Saturday, December 09, 2023
Published on: Sat, Dec 09, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Rogol: Remaja dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Pesalah muda itu telah merogol gadis berusia 14 tahun dan sembilan bulan itu antara 11 malam 18 Jan dan 12.30 pagi 19 Jan tahun ini di sebuah taman perumahan di Kudat. Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pesalah muda berusia 18 tahun dihantar ke sekolah Henry Gurney sehingga mencecah 21 tahun, kerana merogol seorang gadis bawah umur.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat perintah tersebut untuk remaja lelaki itu yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Mahkamah menyatakan bahawa, berdasarkan keadaan kes serta laporan sosial remaja lelaki itu, mahkamah memerintahkannya dihantar ke sekolah pemulihan tersebut sehingga umurnya mencapai 21 tahun mengikut Seksyen 9(1) (f) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pesalah muda itu telah merogol gadis berusia 14 tahun dan sembilan bulan itu antara 11 malam 18 Jan dan 12.30 pagi 19 Jan tahun ini di sebuah taman perumahan di Kudat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mendengar bahawa kejadian rogol itu terbongkar apabila ibu bapa mangsa menyedari perubahan sikapnya.

Advertisement
Selepas bercakap dengan mangsa, mangsa kemudian memberitahu ibu bapanya bahawa dia dirogol oleh seorang remaja lelaki yang dikenalinya.

Susulan itu, ibu bapanya membuat laporan polis dan pesalah muda itu ditahan.

Advertisement
Mangsa dihantar ke hospital di mana disahkan terdapat koyakan lama pada selaput daranya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here