Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


PGA Sabah bakal terima 12 kereta perisai tahun ini
Published on: Thursday, February 27, 2020
By: Efa Rizan
Text Size:

PGA Sabah bakal terima 12 kereta perisai tahun ini
LAHAD DATU:  Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah bakal menerima sejumlah 12 kereta perisai pada tahun ini sebagai dorongan untuk meningkatkan kekuatan aset sedia ada.

Timbalan Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mastor Mohd Ariff berkata perancangan tersebut dibuat berdasarkan situasi keselamatan di negeri ini.

Mastor berkata aset-aset berkenaan akan ditempatkan di Kota Kinabalu dan Lahad Datu bagi membantu kontinjen Sabah dalam menangani isu-isu jenayah.

“Kita juga akan menerima sebanyak 36 buah lagi kereta perisai secara berperingkat bermula pada tahun hadapan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Saya percaya dengan kekuatan aset kereta perisai sedia ada, ia akan mampu digerakkan dalam apa juga situasi termasuk menangani pemcerobohan pengganas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Skuadron Perisai 15 Briged Sabah PGA di Batalion 17 PGA, pada Rabu.

Menurut Mastor, situasi di negeri ini amat unik kerana disini memerlukan kekuatan yang besar, oleh sebab itu, kata beliau, kita menempatkan dan membuat pembelian baharu kereta perisai.

Beliau berkata aset itu juga dapat meningkatkan keyakinan diri anggotanya dan membolehkan infantri menjalankan rondaan dengan selamat.

Menurut Mastor, permohonan untuk menambah bot bagi kegunaan PGA di pulau dan rondaan di laut juga sudah dibuat di bawah RMK12.

Setakat ini, sebanyak 13 unit kereta perisai ditempatkan di Sabah termasuk lima unit Land Rover Shorland ASC/APC, empat unit APC Shinjeong S5 dan empat unit APC IAG Jaws.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here