Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Pengusaha stesen minyak diminta sedia cecair pembasmi kuman
Published on: Saturday, March 28, 2020
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Pengusaha stesen minyak diminta sedia cecair pembasmi kuman
Gambar Bernama
SANDAKAN: Semua pengusaha dan pengendali stesen minyak di Sandakan disaran menyediakan cecair pembasmi kuman kepada setiap pengguna di pam-pam stesen minyak mereka.Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Wong Foo Tin berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan mengenai kegagalan stesen minyak menyediakan cecair pembasmi kuman. Oleh itu, Wong meminta pengusaha dan pengendali stesen minyak di seluruh Sandakan untuk menyediakan cecair pembasmi kuman. “Penyediaan cecair pembasmi kuman harus disediakan untuk kegunaan pengguna selepas mereka membuat layanan diri di pam-pam stesen minyak.

“Bagaimanapun, semua pengusaha dan operator stesen minyak adalah digalakkan untuk menyediakan seorang pembantu pengendali pam bagi membantu pengguna. “Tindakan ini akan mengurangkan sentuhan langsung setiap pengguna dan sekaligus membantu mengurangkan penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat. Wong berharap setiap pengusaha dan operator stesen minyak memberi kerjasama dalam membantu mengurangkan penularan Covid-19. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here