SIPITANG: Penduduk di Sipitang meminta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Lembaga Tabung Haji membuka cawangannya di Sipitang.
Susulan permintaan penduduk, Presiden Persatuan Masyarakat Murut Sipitang (PMMS) merangkap Ketua Bahagian StarSabah Sindumin, Eric Suab Boh berkata, beliau banyak menerima pertanyaan dan permintaan terutama mereka yang tinggal jauh dari pekan serta sekitar agar institusi itu membuka cawangan di daerah ini.
Katanya, masih ramai pengguna yang tidak celik berurusan dalam talian, pertambahan penduduk khususnya apabila Sipitang Oil & Gas Industrial Park (Sogip) beroperasi sepenuhnya, dan kesulitan berulang alik dengan keadaan jalan raya ke Beaufort yang belum sempurna.
“Sudah tiba masanya institusi ini membuka cawangannya di Sipitang untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna di sini,” katanya.
Advertisement





