Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Bomba Tawau siap sedia bantu PBT lakukan operasi nyahcemar
Published on: Monday, March 30, 2020
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Bomba Tawau siap sedia bantu PBT lakukan operasi nyahcemar
JBPM Tawau melakukan latihan persiapan proses nyahcemar.
TAWAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau sudah bersiap sedia membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melakukan proses nyahcemar di kawasan berisiko tinggi yang menjadi tumpuan awam di daerah ini.

Ketua Zon Tawau, Sukur Hatta berkata, kesemua balai di bawah zon itu iaitu Kunak, Semporna dan Lahad Datu turut diminta agar sentiasa sedia berhubung dan bekerjsama dengan agensi di daerah masing-masing dalam usaha terbabit.

Agensi terlibat, termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan PBT.

“Kita sedia bekerjasama sekiranya wujud keperluan untuk melakukan operasi nyahcemar di kawasan berisiko,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, pada Ahad.

Menurutnya, ia adalah susulan kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas nyahcemar menerusi PBT dan JBPM.

“Ekoran daripada peranan diberikan kerajaan kepada JBPM dalam operasi nyahcemar HADR 1.0 melibatkan para penumpang dari Wuhan, China tempoh hari, kita bersiap sedia melakukan tugasan ini memandangkan daerah Tawau dan Lahad Datu dikategorikan berisiko,” katanya lagi.

Difahamkan, satu mesyuarat khas bersama semua agensi berkenaan bagi proses nyahcemar di daerah Tawau akan berlangsung hari ini (Isnin) sebelum pelaksanaannya.

Selain itu, katanya, pihaknya juga terlibat dengan kerja-kerja pemindahan pesakit ke pusat kuarantin seperti dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu semasa mengendalikan kes-kes melibatkan Covid-19.

Dalam pada itu, Sukur meminta kerjasama orang awam agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan, di samping sentiasa menjaga keselamatan bahaya kebakaran ketika berada di rumah.

Menurutnya, bagi kes-kes kecemasan, BBP masih lagi memberikan perkhidmatan seperti biasa, khususnya melibatkan kebakaran.

Namun, katanya, beliau amat bersyukur kerana penguatkuasaan PKP turut memberikan kesan kepada jumlah panggilan kecemasan diterima apabila menunjukkan penurunan bagi kes kebakaran, khususnya melibatkan struktur.

“Jika dilihat pada statistik panggilan pada Januari sehingga Mac 2019, terdapat 210 panggilan diterima tetapi jumlah itu sudah menurun sebanyak 37.6 peratus pada tahun ini apabila hanya 131 panggilan sahaja diterima pada tempoh sama,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here