Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jambatan gantung baharu rentas Sungai Mokodou siap sepenuhnya
Published on: Wednesday, April 17, 2024
Published on: Wed, Apr 17, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Jambatan gantung baharu rentas Sungai Mokodou siap sepenuhnya
DR Joachim (tengah) memotong reben sebagai tanda perasmian jambatan gantung tersebut.
RANAU: Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam merasmikan jambatan gantung baharu sepanjang 90 meter merentasi Sungai Mokodou di Kampung Takutan pada Isnin.

Ketika ditemui media, beliau berkata, jambatan gantung baharu ini telah siap sepenuhnya pada Oktober tahun lalu dan kini penduduk kampung boleh menggunakannya termasuk untuk aktiviti pertanian.

Advertisement
“Jambatan gantung ini terputus pada 2022 akibat banjir besar yang berlaku ketika itu menyebabkan penduduk kampung tidak dapat menggunakannya,” katanya.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Setiausaha Politik kepada Dr Joachim, Yubidi Gompoyo; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani; Ketua Kampung, Erin Laug; Pengerusi JKKK Parvine Yudin dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun Kundasang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Secara keseluruhan, terdapat dua jambatan gantung baharu dibina dan dua jambatan yang telah siap dibaiki sepenuhnya.

Terdahulu, Dr Joachim menghadiri mesyuarat Parti Bersatu Cawangan Sabah (PBS) Kg. Takutan dihadiri 61 ahli parti dan pemerhati mesyuarat.

Advertisement
Beliau mengucapkan tahniah kepada ahli PBS cawangan yang telah menjayakan mesyuarat tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here