Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Hanya ketua keluarga dibenar masuk Pasar Tanjong, Pasar Ikan Tawau
Published on: Monday, March 30, 2020
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Hanya ketua keluarga dibenar masuk  Pasar Tanjong, Pasar Ikan Tawau
TAWAU: Hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan membeli keperluan di Pasar Tanjong dan Pasar Ikan Tawau bermula Ahad, kata Ketua Polis Tawau, ACP Peter Umbuas.

Katanya, jumlah individu yang keluar –masuk ke dalam premis turut dikawal pihak berkuasa sebagai langkah mencegah penularan Covid-19, di samping memastikan pematuhan terhadap Perintah Pergerakan Terhad (PKP).

Beliau juga meminta mereka agar sentiasa mengikut arahan anggota trafik bertugas dan bekerjasama dengan petugas.

PKP dikuatkuasakan bermula 18 sehingga 31 Mac bagi fasa pertama dan dilanjutkan pada 1 sehingga 14 April depan susulan penularan virus yang semakin meningkat di negara ini.

Terdahulu pada Sabtu, timbul rungutan ramai apabila tular gambar orang ramai di Pasar Tanjong dan Pasar Ikan Tawau, termasuk pasaraya yang berpusu-pusu mengunjungi kawasan terbabit seolah-olah tidak mengendahkan PKP.

Pelbagai reaksi orang ramai di laman sosial terhadap situasi tersebut yang khuatir dengan penularan Covid-19 sekiranya rakyat gagal mematuhi arahan kerajaan, apatah lagi dengan status daerah Tawau sebagai berisiko.

Sementara itu, tinjauan di beberapa premis barangan keperluan harian di daerah ini menunjukkan kebanyakkan pihak pengurusan melaksanakan langkah penjarakkan sosial apabila meletakkan tanda laluan serta memeriksa suhu pelanggan sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam premis.

Mereka yang didapati tidak memakai penutup mulut dan hidung turut tidak dibenarkan masuk walaupun diberikan alasan ‘habis stok’ dan meminta mereka menggunakan alternatif seperti memakai sapu tangan untuk menutup mulut/hidung.

 Terdapat juga premis yang turut menyediakan pencuci tangan antiseptik kepada pelanggannya. – Lagatah Toyos





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here