Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


18 rakyat  Malaysia  termasuk 12 jemaah  tabligh tiba  di Tawau  
Published on: Monday, March 30, 2020
By: Lagatah Toyos
Text Size:

18 rakyat  Malaysia  termasuk 12 jemaah  tabligh tiba  di Tawau  
KUMPULAN rakyat Malaysia itu tiba di jeti TFT.
TAWAU: Seramai 18 rakyat Malaysia termasuk 12 jemaah tabligh yang dipercayai terkandas di Nunukan, Indonesia sejak Selasa lalu tiba di jeti Terminal Feri Tawau (TGT) kira-kira jam 10.45 pagi, pada Ahad.

Mereka menaiki dua buah bot khas dengan diiringi bot Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Selain jemaah tabligh tersebut, dua wanita bersama tiga kanak-kanak lelaki dan seorang remaja perempuan yang dipercayai terkandas di negara itu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut diiring masuk kembali ke Tawau.

Kesemua mereka kemudiannya menjalani saringan kesihatan termasuk pemeriksaan suhu yang dikendalikan kakitangan Pejabat Kesihatan daerah dan pasport mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Selepas proses itu selesai, mereka dibawa menaiki lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dihantar ke pusat kuarantin di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau untuk dikuarantin dan pemantauan bagi memastikan mereka bebas Covid-19.

Difahamkan, proses penghantaran pulang kesemua rakyat Malaysia itu diselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Konsulat Republik Indonesia serta agensi kerajaan seperti polis, PPM, APMM, APM, Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan TFT.

Untuk rekod, pada 22 Mac lalu, sekumpulan 12 jemaah tabligh yang baharu pulang dari Sulawesi Indonesia sempena program Ijtimak Dunia Zon Asia 2020, turut terkandas di Nunukan sebelum dibawa pulang ke Tawau.

Pada 24 Mac pula, enam lagi jemaah tabligh Malaysia yang baharu pulang daripada Makassar Sulawesi, Indonesia untuk misi dakwah turut dilaporkan terkandas di negara jiran itu, namun, jumlah sebenar mereka tidak dapat dipastikan.

Setakat ini seramai 24 jemaah tabligh Malaysia sudah berjaya dibawa pulang dan menjalani pemantauan dan kuarantin.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here