Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


MPS benar tujuh bengkel, dua kedai tayar beroperasi
Published on: Friday, April 03, 2020
By: Mardinah Jikur
Text Size:

SANDAKAN: Sebanyak tujuh bengkel dan dua kedai tayar yang berdaftar sebagai panel di bawah Jabatan Kerja Raya Sandakan diberi kebenaran beroperasi pada Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Wong Foo Tin berkata, meskipun begitu, langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 juga perlu terus dititikberatkan.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi semasa beroperasi sepanjang PKP ialah, penggunaan alat perlindungan (topeng muka) oleh pengurus, pekerja dan pelanggan adalah diwajibkan sepanjang masa beroperasi.

Katanya, mereka juga perlu melaksanakan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter antara individu.

Bengkel-bengkel yang diberi kebenaran ini adalah Extra Bright Auto Service Centre, Juta Eratimur Sdn Bhd, Terajasa Automobile Sdn Bhd, J Power Auto Accessories Centre, Pusat Servis Penghawa Dingin Kenderaan Vui Yin, Syarikat Tai Fong Bersaudara dan Syarikat Kejuruteraan TR Sdn Bhd.

Manakala kedai tayar yang dibenarkan adalah Syarikat Soon Fatt Tyre Services dan Hope Thai Tyre & Batteries Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Wong berkata kedai menjual barangan haiwan peliharaan di sini juga diberi kebenaran beroperasi pada Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja dari jam 8 pagi hingga 2 petang sepanjang tempoh PKP.

Langkah-langkah pencegahan sama juga perlu dilakukan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here