Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bengkel asah vokal, penjurian
Published on: Monday, April 22, 2024
Published on: Mon, Apr 22, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Bengkel asah vokal, penjurian
JONATHAN menerima cenderahati daripada Masni sambil disaksikan oleh Vie (kiri).
Seramai 56 peminat muzik menyertai program 2-dalam-1 yang jarang diadakan iaitu Bengkel Penjurian Vokal dan Lagu bagi lagu-lagu Etnik Sabah dan Antarabangsa yang diadakan di sini pada Sabtu.

Perasmian bengkel itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang mengalu-alukan kehadiran semua peserta khususnya yang datang jauh dari seluruh Sabah.

Advertisement
Penganjur bengkel, Sylviana Viana Saiki @ Vie Jimmy berkata, program itu melibatkan teknik vokal nyayian yang betul dan sihat, asas ‘memanaskan badan’ penyanyi, persiapan di pentas dan cara memilih lagu yang betul.

Bagi bengkel penjurian, katanya, peserta diajar untuk memahami kriteria pertandingan nyanyian (vokal), di mana kandungan bengkel lebih menjurus kepada penilaian aspek tempo, persembahan, skema dan rubrik tempo serta persembahan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here