Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Tetamu hadir majlis kahwin di Kg Batandok Lupak diminta buat saringan
Published on: Monday, April 06, 2020
By: Ahmad Apong
Text Size:

Tetamu hadir majlis kahwin di Kg  Batandok Lupak diminta buat saringan
Gambar Bernama
BEAUFORT: Orang ramai yang menghadiri Majlis Perkahwinan di Kampung Batandok Lupak pada 14 March lalu diminta tampil ke Pejabat Kesihatan untuk saringan Covid-19.

Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort melalui kenyataan memberitahu mereka yang menghadiri majlis perkawinan itu pada 9 pagi hingga 2 petang perlu menghadirkan diri samada ke hospital atau menghubungi Pejabat Klinik Kesihatan kawasan itu.

Orang ramai juga boleh menghubungi pihak Hospital di 087-212333/493 dengan segera.

Jabatan Kesihatan amat memandang serius perkara ini kerana kemungkin ada pihak yang sudah dijangkiti Covid-19, oleh itu mereka perlu membuat pemeriksaan.

“Ini adalah sebagai langkah untuk berjaga-jaga dan mencegah penyakit Covid-19 menular kepada sesiapa yang hadir pada majlis perkahwinan tersebut,” kata kenyataan itu.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here