Mon, 23 Feb 2026
Headlines:
Advertisement
Huazong gesa kerajaan tingkat Pakej Prihatin
Published on: Sunday, April 12, 2020
Published on: Sun, Apr 12, 2020
Text Size:
Text:
Kota Kinabalu: Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) mencadangkan kerajaan supaya meningkatkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatinnya, kata Presidennya Tan Sri TC Goh.

Beliau berkata, ia perlu bagi membantu sektor perniagaan dan orang ramai dengan lebih berkesan untuk kekal bertahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mungkin akan dilanjutkan selepas ini seperti jangkaan oleh Perdana Menteri.

Advertisement
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian pada Jumaat, semasa mengumumkan lanjutan tempoh PKP sehingga 28 April.

“Huazong mengalu-alukan dan menyokong keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh PKP kerana ia adalah keputusan yang tepat yang akan menyelamatkan banyak nyawa semasa pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Finance Minister Datuk Seri Masidi Manjun said the two projects together would add 28MWac of new power generation capacity, helping to stabilise electricity supply in Sabah.
Goh kemudian berkata, Huazong telah mengeluarkan lima cadangan sebagai maklum balas kepada lanjutan PKP: 1. Kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan ‘Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat’ dengan memberikan bantuan tunai tambahan atau subsidi untuk rakyat, untuk membantu mereka bertahan dalam kesukaran ekonomi yang berterusan akibat dari pandemik Covid-19 dan PKP.

Advertisement
2. Lanjutkan Program Subsidi Upah tiga bulan yang diumumkan sebelum ini.

3. Selain itu, sektor pembuatan dan perkhidmatan dan kerajaan harus mempertimbangkan untuk membenarkan sektor pembuatan dan perniagaan bengkel untuk beroperasi, dengan menghadkan jumlah pekerja berdasarkan  dan juga menyediakan SOP sesuai untuk mereka patuhi.

Advertisement
4. Agensi kerajaan berkaitan seperti agensi dibawah Kementerian Kewangan (MOF) mengambil inisiatif untuk mempercepatkan pengeluaran tuntutan yang dikemukakan oleh perniagaan untuk membantu mereka mengatasi masalah aliran tunai mereka.

5. Mempercepatkan ketibaan pakar perubatan Cina dan ahli epidemiologi untuk membantu dalam memerangi Koronavirus.

Goh juga menggesa kerajaan untuk merumuskan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih komprehensif dan berkesan untuk memastikan kerjasama dan pematuhan peraturan yang baik oleh sektor perniagaan dalam sektor terpilih yang telah diberi lampu hijau untuk meneruskan operasi secara berperingkat sepanjang PKP.

Sementara itu, Goh berkata terdapat tanda positif mengenai wabak Covid-19 yang semakin menurun di negara ini.

Namun, katanya, rakyat Malaysia tidak boleh mengambil kesempatan untuk mengambil mudah perkara ini, memetik nasihat yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), serta statistik terbaru dari pelbagai negara di dunia mengenai wabak tersebut .

“Kita harus mengambil perhatian serius kenyataan Perdana Menteri bahawa, perjuangan menentang pandemik Covid-19 belum selesai, dan kita semua mesti bersedia untuk jangka masa yang panjang.”

Beliau juga mengulangi gesaannya mendesak masyarakat Cina untuk terus memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan dalam memerangi pandemik ini.

“Saya gembira dapat melihat bahawa dalam masa yang mencabar ini, masyarakat Cina di negara ini telah menunjukkan kerjasama dan sokongan yang tinggi terhadap usaha berterusan kerajaan dalam memerangi Covid-19,” katanya.

 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here