KUNAK: Hanya sebuah laluan keluar dan masuk untuk kenderaan dibuka bagi mereka yang mahu ke Pasar Am Kunak, di sini.Pendekatan itu antara lain memudahkan pihak keselamatan memantau pergerakan kenderaan di mana hanya mereka mempunyai urusan penting dibenarkan masuk.
Satu pasukan terdiri anggota Jabatan Sukarelawan (Rela) bertugas di laluan masuk utama yang dibuka menuju ke Pasar Am Kunak di sini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 dan seterusnya.
Sementara itu, semua pemandu dikehendaki memakir kenderaan mereka di kawasan lot parkir yang telah disediakan di luar premis pasar berkenaan.
Pemandu sama ada kenderaan dan motorsikal tidak boleh menggunakan laluan yang telah ditutup bersebelahan Dewan Masyarakat.
Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Baharin Tahir pada Sabtu turut meninjau laluan yang telah ditutup itu.