Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Polis minta penduduk berbelanja di kawasan masing-masing
Published on: Monday, April 20, 2020
By: Sherell Jeffrey
Text Size:

Polis minta penduduk berbelanja di kawasan masing-masing
Haris dan pasukannya memeriksa sekatan di Jalan Penampang, pada Ahad.
PENAMPANG: Penduduk Penampang tidak dibenarkan keluar ke Kota Kinabalu kecuali jika ada perkara mendesak, kata Ketua Polis Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim.

Keputusan itu diambil berikutan penguatkuasaan lebih ketat disebabkan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penyebaran lanjut Covid-19.

Setakat 12 April, 12 kes positif Covid-19 dikesan di daerah ini.

Semasa pemeriksaan di sekatan jalan di Jalan Penampang di sini, Ahad, Haris menyatakan bahawa beberapa pemandu kenderaan memberi alasan ingin membeli barang keperluan makanan di Lido yang berada di bawah kawasan Kota Kinabalu.

“Kami telah mengarahkan mereka untuk kembali dan membeli barang keperluan di daerah Penampang. Kami tidak membenarkan penduduk melintasi sempadan Penampang hanya untuk membeli barang keperluan di Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau turut memberikan nasihat sama kepada mereka yang tinggal di Lido. “Kami tidak membenarkan mereka (penduduk di Lido) memasuki Penampang untuk membeli barang keperluan kerana mereka boleh membeli barang keperluan di Lido memandangkan terdapat pasar raya dan kedai serbaneka di kawasan itu.”

“Tiada keperluan untuk melintasi sempadan Penampang – Kota Kinabalu atau sempadan Kota Kinabalu – Penampang semata-mata untuk membeli barangan keperluan. Mereka yang didapati melakukannya akan diarah untuk berpatah balik dan berbelanja di kawasan masing-masing,” katanya.

Sehingga Ahad, polis Penampang telah membuka 30 kertas siasatan melibatkan 54 tangkapan. Semua kes adalah berkaitan dengan penentangan PKP.

“Kami akan merujuk kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara pada Isnin (hari ini) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Haris sekali lagi menasihati penduduk Penampang untuk mematuhi undang-undang sepanjang PKP yang telah dilanjutkan sehingga 28 April.

“Kami menggesa mereka untuk kekal berada di rumah. Kecuali jika ada keperluan atau jika ada kebenaran, kami akan memberikan kelonggaran kepada mereka tetapi jika tidak ada keperluan atau jika mereka keluar semata-mata kerana ingin keluar, kami akan menguatkuasakan undang-undang. Jika mereka tidak patuh kami akan tangkap,” katanya.

Beliau juga mengatakan bahawa polis juga akan memperketat pengawasan untuk memastikan mereka yang disenaraikan di bawah perkhidmatan penting tidak menyalahgunakan pas atau kebenaran dengan sengaja keluar walaupun tanpa keperluan mendesak ketika tidak bertugas.

Mengenai perkembangan lain, katanya, terdapat pematuhan daripada penduduk Kinarut dan Sabindo yang tidak lagi dibenarkan memasuki Putatan dan Penampang untuk membeli barang keperluan atau berurusan di bank.

“Kami nampak ada kesedaran. Kami tidak nampak ada penduduk dari Sabindo dan Kinarut datang membeli barang keperluan di Putatan dan Penampang ketika ini.

“Sekali lagi saya ingatkan, walaupun kami memahami kesukaran dari segi jarak perjalanan ke Papar berbanding Putatan, dalam situasi ini kita harus patuh kerana kita mahu memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Majlis Daerah Penampang, Tang Yang Ming, pada hari Sabtu, juga menyatakan harapan agar penduduk dari tetangga Papar akan memahami perlunya sekatan tersebut.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif, Majlis Daerah Penampang (MDPg), Tang Yang Ming, pada Sabtu lepas turut menyatakan harapan beliau agar penduduk dari kawasan Papar akan memahami keperluan sekatan itu.

“Bukan niat untuk menyekat orang dari berkunjung ke Penampang tapi ia perlu dilakukan terutama semasa PKP ini untuk membendung penyebaran Covid-19,” katanya.

Ahli Majlis MDPg, Datuk Honorsius Bosuin, berkongsi pandangan sama dan berharap orang ramai memahami situasi itu.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here