Sun, 23 Nov 2025
Headlines:
KM pertahan pelantikan dua YB terajui GLC Sabah
Published on: Thursday, June 04, 2020
Published on: Thu, Jun 04, 2020
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
KM pertahan pelantikan dua YB terajui GLC Sabah
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan pelantikan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman (gambar) dan Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking sebagai pengerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Sabah.

Pelantikan itu dibuat meskipun ia kelihatan seperti ‘pusingan-U’ daripada ikrar dibuat Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam manifesto pilihan rayanya pada 2018 bahaa ia tidak akan melantik wakil-wakil rakyat (YB) untuk menerajui GLC milik Sabah.

Advertisement
Mohd Azis dilantik sebagai Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn Bhd (WHSSB), sementara Leiking sebagai pengerusi  Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) yang menguruskan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip).

“Kerana saya tahu kedua-dua mereka (Mohd Azis dan Darell) mempunyai pengalaman.. seperti Darell sebagai Pengerusi SOGDC kerana dia sebelum ini adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), sementara Azis (sebagai bekas Menteri Dalam Negeri) juga mempunyai pengalaman beliau sendiri.

SPONSORED CONTENT
By the latest actual performance for September 2025, the total anticipated contract value awarded to Sabahan companies hit RM1.7 billion.
“Benar, itu adalah hasrat (untuk tidak melantik YB sebagai pengerusi GLC Sabah) tapi apabila kamu lihat senarai, kebanyakan atau lebih 95 peratus GLC Sabah diketuai oleh golongan profesional,” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media selepas merasmikan aplikasi sabahtrace di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini, Rabu.

Mohd Shafie berkata beliau tahu mengenai ikrar itu (manifesto pilihan raya 2018) tapi pada masa sama beliau juga tahu mengenai kelebihan meletakkan dua orang itu dalam jawatan-jawatan berkenaan.

Advertisement
“Apa yang penting adalah kepentingan rakyat, kerana sebagai contoh, saya tahu kapasiti dan keupayaan Leiking dan yang lain, tapi ini tidak membabitkan semua GLC.

“Saya tahu masih ada YB yang tidak mempunyai jawatan. Tapi lebih 95 peratus GLC tidak diketuai YB tetapi oleh kakitangan awam, profesional, bekas pegawai bank dan sebagainya,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here