Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Kerajaan Negeri masih kukuh: Junz
Published on: Tuesday, June 16, 2020
Text Size:

Kerajaan Negeri masih kukuh: Junz
Kota Kinabalu: Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong (pic), berkata Kerajaan Negeri masih kukuh dengan dua pertiga majoriti walaupun dua orang meninggalkan mereka.

“Kerajaan Sabah masih memiliki 41 dari 60 kerusi Dewan Undangan Negeri di mana Perikatan nasional (PN) termasuk dua yang keluar parti hari ini hanya mempunyai 19,” kata Wong, dalam kenyataan di sini, Isnin.

“Ini tidak termasuk lima adun dilantik dan kami ada lagi kuota untuk adun dilantik,” tambahnya.

Adun Tanjung Aru itu berkata adalah penting untuk membezakan sentimen dan fakta.

“Saya tahu ada banyak cakap-cakap yang didorong oleh sentimen. Tapi jika kamu lihat kepada fakta dan nombor, Kerajaan Sabah pimpinan Warisan masih utuh,” katanya.

Wong, yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, berkata majoriti rakyat Sabah mahu memberi tumpuan kepada usaha membina semula Sabah, bukannya menjadi sebahagian daripada permainan kuasa Persekutuan.

“Rakyat Sabah sebenarnya sudah muak dengan semua tindakan ini yang bermula di Semenanjung Malaysia. Kami tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya. “Kami sebagai majoriti rakyat Sabah dan kepimpinan Kerajaan Sabah mahu memberi tumpuan kepada usaha membina semula negeri kami,” katanya.

Awal Isnin, Adun Upko Datuk James Ratib (Sugut) dan Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) meninggalkan gabungan kerajaan Negeri itu dan menjadi Adun bebas yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Mereka mengumumkan keputusan mereka itu dalam satu sidang media di kediaman Jury di Jalan Penampang di sini pada jam 11 pagi, mengatakan mereka sudah hilang keyakinan terhadap parti mereka serta kerajaan Negeri pimpinan Warisan.

Dengan dua wakil rakyat yang meninggalkan Upko, pembangkang di Sabah kini memerlukan 16 kerusi lagi untuk mengambil alih Kerajaan Negeri.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here