Sun, 11 Jan 2026
Headlines:
IMM13 dokumen paling sesuai: Jeffrey
Published on: Wednesday, June 17, 2020
Published on: Wed, Jun 17, 2020
Text Size:
Text:
IMM13 dokumen paling sesuai: Jeffrey
Kota Kinabalu: IMM13 adalah dokumen tunggal paling sesuai untuk menghimpunkan semua warga asing dalam negeri daripada warga Filipina yang memegang Kad Burung-Burung dan Sijil Banci sebagai langkah pertama positif untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Presiden Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) berkata demikian bagi menyokong pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Advertisement
Dr Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau merangkap Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata himpunan tiga warga asing dalam negeri itu lebih mudah difahami di bawah satu dokumen antarabangsa yang sah daripada mewujudkan dokumen amat mencurigakan seperti Pas Sementara Sabah (PSS).
“Kerajaan Filipina juga tentu senang hati kerana sebaik mereka diberi status sah sebagai warga Filipina dan mendapat pasport, mereka boleh diberikan pas kerja untuk bekerja di Malaysia,” katanya.

SPONSORED CONTENT
East Malaysia's home-grown quick service restaurant brand SugarBun, together with its sister brand Pezzo, marked a milestone with the opening of its 165th outlet, SugarBun Express at EG Mall in Inanam.
“Saya gembira Kerajaan Persekutuan mengambil langkah pertama ini, yang sudah lama ditunggu-tunggu, untuk menyelesaikan ibu segala masalah Sabah ini. Satu dasar baharu yang amat memberangsangkan didedahkan dalam perbincangan kami baru-baru ini dengan Menteri Dalam Negeri apabila beliau tegas berjanji untuk mengambil tindakan terhadap semua pendatang tanpa izin di negara ini dan mengisytiharkan, ‘Tidak akan ada lagi PTI’.

“Saya juga gembira pasukan keselamatan telah pun mengenal pasti banyak laluan rahsia yang digunakan oleh pendatang tanpa izin untuk memasuki Malaysia, dan akan memastikan laluan-laluan itu disekat.”

Advertisement
Dr Jeffrey, yang juga Adun Tambunan turut mengumumkan bahawa partinya akan menyumbangkan usahanya untuk membantu kerajaan persekutuan dalam menjelaskan perkembangan terbaharu itu kepada rakyat dan melalui Forum PTI akan datang yang beliau cadangkan.

“Ini adalah langkah positif yang diambil oleh kerajaan Perikatan Nasional ke arah menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini,” katanya.

Advertisement
“Saya amat berharap langkah penting seterusnya adalah mengeluarkan IC Sabah yang dicadangkan dalam masa terdekat,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here