Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Sistem perparitan di Beaufort perlu ditambah baik: Dr Yusof
Published on: Thursday, July 02, 2020
By: Ahmad Apong
Text Size:

Sistem perparitan di Beaufort perlu ditambah baik: Dr Yusof
DR Yusof ketika menyampaikan bantuan makanan kepada salah seorang mangsa banjir.
BEAUFORT: Terdapat keperluan untuk menambahbaik sistem perparitan sedia ada, selain pembersihan kerap, dan meluruskan aliran sungai di sini untuk memastikan air dapat mengalir lancar khususnya keluar dari kawasan perumahan, kata Menteri Pendidikan dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob.Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan pada Selasa di beberapa kampung di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan yang terjejas banjir, hujung minggu lepas.

“Saya dapati parit dipenuhi rumput-rumpai yang menghalang air daripada mengalir dengan lancar. Air banjir juga mengambil masa lama sehingga berminggu-minggu untuk mengalir keluar,” katanya, dan menambah, penduduk meluahkan keluhan mereka kepadanya dan mahu pihak berkuasa berkaitan menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Beliau turut diiringi Pegawai Daerah Imam Basirun dan pegawai-pegawai lain semasa lawatan itu, yang bertujuan bagi mencari penyelesaian untuk mengurangkan dan mengatasi masalah banjir.

Terdahulu, beliau turut melawat 113 mangsa banjir dari Bekalau dan Membakut yang ditempatkan di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun.

Dr Yusof berkata Kerajaan Negeri bersimpati dengan masalah banjir dihadapi rakyat dan memberi jaminan bahawa ia akan menyelesaikan masalah itu dengan segera, kerana masalah itu bukan saja menenggelamkan rumah dan bangunan, tetapi juga tanaman ditanam rakyat untuk mencari pendapatan.

Mengenai jalan raya di Kampung Lupak yang mudah banjir, beliau meminta Jabatan Kerja Raya meneliti untuk membina semula jalan berkenaan bagi memastikan permukaannya lebih tinggi sekurang-sekurangnya tiga kaki agar ia masih boleh digunakan ketika banjir.

Dr Yusof berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu ke dalam Mesyuarat Tindakan Daerah agar masalah berkenaan boleh diselesaikan demi manfaat rakyat. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here