Penyelesaian serentak permit kerja syarikat China
Published on: Thursday, July 02, 2020
By: Sherell Jeffrey
WONG (berdiri, tengah) menerima memorandum tersebut daripada Presiden SCCC, Datuk Frankie Liew.
Kota Kinabalu: Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Jimmy Wong, mencadangkan penyelesaian serentak kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat China yang sudah mantap di Sabah.“Terdapat kira-kira 500 juruteknik China yang memerlukan permit kerja dan visa untuk kembali ke Sabah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan Dewan Perniagaan Sabah-China (SCCC) di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini, Rabu.ADVERTISEMENT
Mesyuarat itu juga dihadiri oleh wakil-wakil dari sembilan syarikat China yang terbabit dalam 17 projek mega bernilai RM3.5 bilion di Sabah.
“Mereka (syarikat China) mempunyai masalah sama iaitu kemasukan semula ke Sabah disebabkan visa dan permit kerja, jadi kami memohon penyelesaian serentak, tidak perlu penyelesaian individu sebab mereka semua berkongsi masalah sama.
“Sebab kenapa saya perlu mempercepatkan langkah untuk membantu mereka adalah kerana, jika syarikat-syarikat ini tidak memulakan kerja, semua projek besar yang mereka jalankan tidak dapat bermula, dan rakyat kita juga tidak dapat bekerja.
“Ini membabitkan ribuan penduduk tempatan yang menunggu untuk memulakan kerja dengan syarikat-syarikat ini,” katanya.ADVERTISEMENT
Katanya, beliau akan menyampaikan satu memorandum yang ditandatangani oleh kesemua sembilan syarikat itu kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas mesyuarat kabinet Rabu.
“Saya akan menyampaikan masalah-masalah mereka kepada Ketua Menteri,” kata Wong.
ADVERTISEMENT
Katanya, beliau juga akan menetapkan tarikh (2 Julai) untuk kumpulan itu membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri agar mereka boleh menjelaskan masalah mereka kepadanya.
Wong berkata, mulai sekarang, semua permit kerja dan visa untuk syarikat-syarikat China akan melaluinya dan Ketua Menteri sebelum didelegasikan kepada agensi-agensi berkaitan.
Beliau berkata ia diperlukan untuk memastikan permit kerja dapat ditangani dengan segera, menyebut satu contoh membabitkan sebuah syarikat China yang menunggu lebih setahun tanpa sebarang berita mengenai permohonan permit mereka.
“Mereka memohon tetapi tiada sesiapa di kementerian untuk membantu mereka, selama setahun mereka tidak mendapat permit, sebab itulah kelewatan dalam empangan air. Jadi sekarang saya mahu menyelesaikannya secepat mungkin…secepat esok,” katanya.
Sebagai permulaan, Wong mendapatkan bantuan SCCC untuk menyelaras dan meneliti berapa banyak syarikat China di Sabah.
“Saya telah melantik SCCC sebagai penyelaras utama mulai sekarang. Semua syarikat China mesti mempunyai jawatankuasa dan bekerjasama agar sebarang masalah akan dirujukkan kepada kami untuk memastikan mereka dapat melaksanakan projek mereka dengan lancar dan cepat.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Sebaik syarikat-syarikat ini menyambung semula perniagaan, rakyat kita juga akan mendapat pekerjaan,” katanya.