Fri, 5 Jun 2026
Headlines:
Dalam perbincangan terbit album solo untuk pemenang: Eddly
Published on: Monday, July 06, 2020
Published on: Mon, Jul 06, 2020
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Dalam perbincangan terbit album solo untuk pemenang: Eddly
NORZIZI (tengah) bersama pengacara, DJ Danny (kiri) dan DJ Berry.
SEBANYAK 83 penyertaan diterima menerusi rakaman video nyanyian dalam peraduan itu, yang berlangsung selama tiga minggu sejak pertengahan Jun lalu.Daripada jumlah itu, 16 peserta pilihan juri mara ke peringkat separuh akhir pada 22 Jun lepas manakala hanya lapan peserta yang meraih jumlah ‘like’ tertinggi layak bersaing dalam acara akhir pada Sabtu itu.

Advertisement
Sementara itu, penerbit pertandingan Eddly Adrian Arbah, berkata terdahulu saringan dilaksana secara atas talian bagi memudahkan pencarian penyanyi amatur dari pelusuk Sabah, asalkan mempunyai rangkaian internet yang baik.

“Manakala peringkat akhir pertandingan dijalankan secara langsung yang dipentaskan di VOK Cafe mengikut Prosidur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Buat pertama kalinya, VOKfm Sabah menyiarkan pertandingan ini secara atas talian melalui laman Facebook kami. “Walaupun pada mulanya ada beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, namun pertandingan akhir ini berjaya dilangsungkan tanpa menganggu tumpuan peserta dan pengadil.
Advertisement
“Malah, setiap peserta juga tetap profesional meneruskan persembahan, walaupun kebanyakan peserta masih remaja,” katanya.

Menurut Eddly, yang juga pengurus jualan VOKfm Sabah, pihak produksi stesen radio itu bercadang untuk meneruskan program seumpama itu pada tahun-tahun seterusnya bagi melahirkan lebih ramai bintang baharu di negeri ini.

Advertisement
Selain itu, VOKfm juga akan berkolaborasi dengan beberapa syarikat rakaman tempatan untuk penerbitan album secara solo, kata Eddly, dan menambah, ianya masih dalam peringkat perbincangan.

“Produksi VOKfm mengucapkan terima kasih kepada penaja utama program Star is Born 2020 iaitu OUM dan VOK Cafe yang menaja tempat akhir pertandingan.

“Kami turut mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam arena seni tempatan,” katanya.

VOKfm Sabah merupakan radio komersial Sabah pertama untuk siaran di pedalaman yang meliputi kawasans sekitar Keningau, Tenom dan Tambunan menerusi frekuensi 106.6mhz. Siarannya juga boleh didengari secara atas talian di www.vokfmSabah.com atau menerusi pelantar Facebook, dengan kata kunci VOKfm Sabah. Untuk maklumat lanjut, hubungi Eddly di 016-8811985.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here