Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Kursus hasilkan video percuma pada 8 Julai
Published on: Monday, July 06, 2020
Text Size:

Kursus hasilkan video percuma pada 8 Julai
Kota Kinabalu: Kursus seminar pendidikan berasaskan web percuma mengenai pembinaan kemahiran baharu menghasilkan video kreatif akan diadakan pada 8 Julai, jam 10 pagi.

Kursus selama 60 minit, yang disampaikan oleh RedBeat Academy, akan menampilkan Ketua YouTube Malaysia, Ben Jern Loh (gambar).

Seminar itu adalah sebahagian daripada Webinar Bina Webinar Series, diwujudkan oleh syarikat perniagaan digital AirAsia, RedBeat Ventures dan Google, yang menyediakan pembentangan mingguan bagi memperkenalkan dan membimbing perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubung perkara asas mengenai bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan e-Dagang.

Ben berkata, peserta kursus percuma itu akan mempelajari tentang teknik terbaru tentang bagaimana menggunakan video atas talian untuk berhubung lebih baik dengan pelanggan.

“Pemasaran video terus berkembang sejak beberapa tahun ini, semakin popular dan mudah diakses untuk jenama,” katanya dalam satu kenyataan.

“Peserta sesi seminar ini akan mempelajari amalan kreatif terbaik untuk mencapai pelanggan anda di seluruh dunia menggunakan platform video paling popular di seluruh dunia, YouTube.

“Saya tidak sabar untuk berkongsikan banyak tip dan bimbingan industri untuk berkembang dengan lebih besar, melibatkan audiens yang boleh memberi manfaat kepada PKS.

“Semasa sesi ini, saya juga akan mempamerkan bagaimana untuk membina video kreatif terbaik, percuma dengan hanya tiga langkah.”

Redbeat Academy dilancarkan awal Jun, tahun ini, dan telah memperkenalkan program pembangunan khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana tempatan di Malaysia yang dipanggil Bina. Sehingga kini, akademi itu sudah menjalankan enam kelas dengan lebih 300 PKS terlibat dari pelbagai industri, dengan tiga industri teratas adalah kesihatan dan kecergasan, makanan dan minuman, serta pengurusan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi redbeatacademy.com atau langgan laman Facebook dan YouTube RedBeat Academy.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here