Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Merusuh di KKIA: Akjan, dua anak didakwa
Published on: Friday, July 17, 2020
Published on: Fri, Jul 17, 2020
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Merusuh di KKIA: Akjan, dua anak didakwa
Akjan (kanan) dan peguamnya tiba di mahkamah.
Kota Kinabalu: Seorang ahli perniagaan tempatan dan dua anaknya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana merusuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Januari lalu.

Datu Mohd Akjan Ali Muhammad, Mahathir Mohd Akjan dan Mohd Ghazali Hanif Mohd Akjan mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Advertisement
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama dua rakan subahat yang masih bebas pada jam 7.45 malam, 19 Januari di hadapan Kaunter Malindo Air di KKIA.

Mereka didakwa di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara untuk satu tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan boleh disebat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Lim Swee Beng, memohon tarikh pengurusan kes dan mencadangkan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin.

Peguam PJ Pereira yang mewakili Mohd Akjan, memohon ikat jamin ditetapkan pada RM500 dengan dua penjamin tempatan.

Advertisement
Pereira berkata Akjan adalah penduduk tempatan dengan alamat tetap di Sabah dan dia boleh dihubungi bila-bila masa dan dia juga adalah ahli perniagaan dikenali.

Peguam Farazwin Haxdy yang mewakili Mahathir dan Ghazali juga memohon ikat jamin lebih rendah kerana itu adalah dakwaan pertama mereka dan tidak pernah mempunyai sabitan dan kedua-duanya juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan masih di bawah jagaan bapa mereka, iaitu tertuduh pertama.

Advertisement
Beliau juga memohon penjamin sama dibenarkan.

Akjan dan dua anaknya dibebaskan dengan jaminan RM1,300 dengan dua penjamin setiap seorang.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Dilaporkan bahawa pada 19 Januari, satu kekecohan berlaku antara Wan Muhammad Azri Wan Deris, lebih dikenali sebagai Papagomo, dan sekumpulan lelaki di KKIA.

Kekecohan itu dirakam beberapa orang awam dan dimuat naik di media sosial.

Anggota exco Pemuda Umno itu yang dijadual berlepas ke Kuala Lumpur dikepung kumpulan itu yang tidak berpuas hati kerana Papagomo didakwa menghina Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beberapa lelaki dalam kumpulan itu dilihat memukul Papagomo kerana dikatakan mengoyak poster Shafie dan menggelarnya pengkhianat ketika kempen pilihan raya kecil Kimanis.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here