Sat, 25 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Dumi dakwa ditawar RM5 juta untuk lompat parti 
Published on: Monday, July 27, 2020
Published on: Mon, Jul 27, 2020
By: Efa Rizan
Text Size:
Text:
Dumi dakwa ditawar RM5 juta untuk lompat parti 
Sumber: Facebook.com
LAHAD DATU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dumi Pg Masdal (gambar) mendakwa beliau telah menerima tawaran RM5 juta daripada tiga individu untuk melompat parti.

Dumi, yang juga wakil rakyat kawasan Lahad Datu, berkata tawaran tersebut turut diiringi dengan pengekalan jawatan beliau sebagai Pembantu Menteri dan pencalonan sebagai wakil rakyat pada pilihan raya akan datang.

Advertisement
Bagaimanapun, menurut Dumi, beliau menolak tawaran itu kerana mahu terus kekal bersama Parti Warisan Sabah.

“Tiga individu berkenaan yang mewakili pihak tertentu datang berjumpa saya di kediaman saya, di sebuah kelab dan sebuah restoran di daerah ini sejak pertengahan Jun lalu.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Saya turut dihubungi seorang lagi individu yang menawarkan RM20 juta untuk berbuat demikian. Saya turut diberitahu bahawa ramai yang telah lompat dan saya mesti mengambil peluang tersebut.

“Namun begitu, saya beritahu mereka untuk apa (saya perlu) melompat parti sedangkan kedudukan kerajaan negeri tidak tergugat,” kata beliau.

Advertisement
Menurut Dumi, berkata walaupun masih baru dalam politik, beliau mempunyai maruah dan tidak akan mengkhianati mandat rakyat.

“Saya adalah bekas anggota keselamatan, setia kepada ketua telah sebati dalam diri saya dan kesetiaan ini tidak boleh dinilai dengan wang.

Advertisement
“Saya juga mempunyai pendirian dan akan terus memilih Warisan di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai wadah perjuangan saya,” tegasnya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here