Thu, 4 Jun 2026
Headlines:
Lelaki mengaku tidak salah edar lebih 69kg syabu
Published on: Tuesday, August 11, 2020
Published on: Tue, Aug 11, 2020
By: Jo Ann Mool, Qadirah Stephens
Text Size:
Text:
Lelaki mengaku tidak salah edar lebih 69kg syabu
KAHAR di luar bilik bicara.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga Indonesia berumur 40 tahun meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini, Isnin, bagi tuduhan mengedar lebih 69 kilogram syabu.

Pengangkut Kahar Amir, yang dibawa ke hadapan Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad, didakwa mengedar dadah seberat 69,136.2 gram pada pukul 2.15 petang 21 Februari 2019 di laluan kaki lima di depan Amber Freight Agencies (KK) Sdn Bhd, Lorong Cyber Square 2, Penampang.

Advertisement
Kahar mengaku tidak bersalah selepas tuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu dibacakan kepadanya.

Tuduhan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta sama yang membawa hukuman mati, atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 15 kali (jika tidak dihukum mati), jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Rustam Sanip yang menggantikan DPP Mohd Syakil Mohd Zulkifli memohon tarikh pengurusan kes prabicara (PTCM) ditetapkan.

Peguam Kahar, Dominic Chew memohon kertas tuduhan diberikan kepadanya.

Advertisement
Nurchaya menetapkan 12 Oktober untuk PTCM dan memerintah Kahar direman lanjut kerana tuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan ikat jamin.

 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here