Mon, 13 May 2024

HEADLINES :


Pemilik syabu dijel 13 tahun, sebat 10 kali
Published on: Tuesday, September 15, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Pemilik syabu dijel 13 tahun, sebat 10 kali
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 47 tahun dipenjara 13 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan kerana memiliki 33.83 gram syabu.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada Juanis George selepas dia mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya pada Isnin.

Juanis melakukan kesalahan itu pada pukul 4.45 petang 15 Februari tahun ini di sebuah rumah di Kg Lakut, Papar.

Kesalahan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Semasa rayuan, Juanis yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan dengan mengatakan dia perlu menjaga keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Affendy menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan disebabkan kes membabitkan kesalahan berat.

Mahkamah memerintah Juanis menjalani hukuman penjaranya dari tarikh tangkapan pada 15 Februari tahun ini.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here