Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PPRT untuk mangsa kebakaran Kg Gas mungkin dibina tahun ini
Published on: Monday, May 06, 2024
Published on: Mon, May 06, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
PPRT untuk mangsa kebakaran Kg Gas mungkin dibina tahun ini
Khairul berbual dengan mereka yang hadir pada majlis tersebut.
SANDAKAN: Kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi membina Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mangsa kebakaran Kampung Gas yang berlaku pada 2018.

Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, ia dijangka mula dibina tahun ini. 

Advertisement
Ujarnya, sebelum ini peruntukan yang disediakan tidak bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Itu sebabnya hampir tiga kali projek ini telah dipanggil untuk tender,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Motac Bersama Komuniti @ Batu Sapi sempena Hari Raya Aidil Fitri di Padang PPR Taman Batu Sapi, di sini, pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) berkata berdasarkan makluman Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), projek itu ketika ini di peringkat penilaian dan penganugerahan tender.

“Tetapi, masih ada sedikit perkara perlu dilihat lebih lanjut melibatkan peruntukan yang diperlukan sebelum ia dilaksanakan kelak,” katanya.

Advertisement
Kira-kira 106 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Gas dan pembinaan PPRT itu sebagai usaha kerajaan bagi membantu mangsa yang terlibat.

Mangsa juga ditempatkan di rumah kontena berdekatan kampung itu susulan kebakaran tersebut.

Advertisement
Ketika ini, hanya beberapa mangsa sahaja masih memilih untuk tinggal di situ kerana rumah kontena berkenaan sudah usang dan yang lain terpaksa menyewa dan menumpang keluarga untuk sementara menunggu PPRT itu.

Firdaus menerangkan, meski peruntukan sudah disediakan tahun lepas, namun tidak ramai atau tiada kontraktor yang sanggup mengambil tanggungjawab bagi melakukan projek itu.

Beliau berharap dalam tahun ini, PPRT itu akan dibina untuk kemudahan mangsa kebakaran terlibat.

Hadir sama dalam program itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung, AdunSungai Manila, Datuk Mokran Ingkat, Ketua PGRS Batu Sapi, Saparudin Abu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Karamunting, Datuk Chew Kok Woh, pemimpin dan penduduk setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here