Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Full SOPs for Labuan CMCO Here
Published on: Thursday, October 15, 2020
Published on: Thu, Oct 15, 2020
Text Size:
Text:
Full SOPs for Labuan CMCO Here
Below is the full SOPs for the Labuan Conditional Movement Control Order to curb Covid-19 from the National Security Council.
Advertisement
Advertisement

Kawalan Pergerakan

Advertisement
• PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.

• Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
• Bagi kenderaan yang membawa pekerja adalah dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan SOP.

Pergerakan keluar masuk merentas negeri adalah tidak dibenarkan kecuali,

• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.

• Hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja yang sah ATAU surat kebenaran daripada majikan dibenarkan untuk tujuan bekerja dan menjalankan tugas. Pergerakan perlu mematuhi prosedur kemasukan di pintu masuk WP Labuan yang sedang berkuatkuasa.

Pihak kerajaan juga menggalakkan majikan membenarkan pekerja-

pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).

• Bagi pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Labuan, individu perlu mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.

Kawalan Pergerakan Air

• Perkhidmatan pengangkutan air bagi Feri RoRo, Feri Ekspres dan Bot Laju dibenarkan beroperasi sehingga jam 6 petang sahaja dengan kapasiti terhad berdasarkan penjarakan fizikal dengan pengosongan tempat duduk di antara penumpang.

• Aktiviti kapal NCS (kumpit) ke Labuan bagi tujuan barter trade adalah tidak dibenarkan.

• Perkhidmatan pengangkutan teksi air dan penambang dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.

• Pergerakan bagi Sign On/ Sign Off industri perkapalan serta minyak dan gas dibenarkan beroperasi mengikut Peraturan dan SOP semasa yang sedang berkuatkuasa.

• SOP bagi pergerakan keluar masuk anak kapal Sign in dan Sign Off kekal seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Namun bagi kapal yang datang dari Sabah ke Labuan, anak kapal yang melakukan Sign Off perlu dikuarantin wajib selama 14 hari.

Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB • Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi seperti biasa dan mematuhi SOP yang telah pun ditetapkan.

• Pasar Raya, Pusat Beli belah dan Retail Store adalah dibenarkan mengikut SOP yang ditetapkan.

• Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

• Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Walaubagaimanapun makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.

• Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 4.00 petang.

• Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan dan pengawasan anggota RELA.

• Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

• Pengangkutan awam, Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dibenarkan beroperasi dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 tengah malam.

Aplikasi MySejahtera

• Pengusaha/Operator Premis perlu memastikan pekerja, pembekal dan pelanggan merekod kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual.

Perubatan dan Kesihatan

• Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sektor Ekonomi Dan Industri

• Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

• Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah

Sektor Perikanan, Perladangan dan Pertanian • Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua  yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.  Aktiviti Sektor Pembinaan  

• Aktiviti sektor pembinaan dibenarkan operasi dari jam 8.00 pagi  hingga 6.00 petang dengan syarat pekerja disaring disahkan bebas  COVID19. 

Aktiviti Keagamaan

• Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid  untuk membenarkan azan, mendirikan solat Jemaah lima waktu dan solat Jumaat.  Walaubagaimanapun, bagi menentukan jumlah Jemaah bagi solat  lima waktu dan solat Jumaat cadangan ini akan dibawa kepada  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk  dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri  Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mendapat perkenan.  

• Manakala bagi rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6  orang sahaja.  Aktiviti Hiburan dan Budaya 

• Aktiviti hiburan dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti  hiburan seperti kelab malam atau pub, indoor playground dan  panggung wayang tidak dibenarkan.  Aktiviti Sukan dan Rekreasi 

• Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan  dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti e-sports, berjalan, jogging, berbasikal, senam robik kendiri, hiking  memancing dan lain-lain yang dilakukan di kawasan terbuka adalah  dibenarkan. 

• Aktiviti di kawasan tertutup (indoor), berkelah, aktiviti kolam  renang, aktiviti bersentuhan fizikal/ sukan tempur, aktiviti  perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran  kejohanan / pertandingan tidak dibenarkan. 

• Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan  acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar  negeri tidak dibenarkan. Pendidikan  

• Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan  Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan  kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.

• Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang  mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara,  mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan  bukan untuk sesi pembelajaran.   Seminar / Bengkel / Persidangan 

• Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan  aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and  Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan  yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan  institusi latihan sahaja.  Mesyuarat  

• Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala  mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan. Penganjuran Majlis Keramaian 

• Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial  seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan,  majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan  hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak  dibenarkan.  Aktiviti Pelancongan

• Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam  kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan
Keywords:
Coronavirus
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here